Thursday, July 18, 2013

tommee tippee pilihanku.....

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Hari ni keluar jalan lagi dengan qaira.. niatnya nak cari Puting si qaira ni.... Kesian dia duk nyonyot puting lama yang daddy dia belikan masa 2 hari selepas qaira lahir. Masa tu qaira demam, konon nak suruh dia senyap la.. pastu tak nak bagi pakai dah. tut-tut sampai sekarang pakai puting.. Kalau qaira nak tido je, memang dia akan cari puting... kalau tak, dia takkan tido... haihh


Mummy & Qaira
Nak jalan je, mesti tido... haih..

Mujur la kedai baby tak jauh sangat... yang paling penting kedai tu ada sale.. tengah-tengah pokai ni. memang patut sangat la ada sale.. macam faham-faham je kan...

 Yang ni memang sangat penting uat mak-mak yang buat stok susu macam aku ni... kene ada botol ni.. Tapi aku beli 10 botol je.. al maklum la tak gaji lagi...
Dan puting ni... dia cakap confirm tak jongang kalau guna puting ni, dan tak masuk angin sebab puting ni selamat dari lubang udara masuk ke perut bayi... ye ke tidok, tak tahu la aku...

Lepas settle beli barang, ku singgah pasar dengan mak... tapi mak je yang keluar.. aku duk posing dengan qaira dalam kereta.. mak cakap tak payah keluar sebab panas, kesian ke qaira...

Bangun tido, nak menyusu la.. Mujur ku bawak stok susu lebih..kuat benor si qaira menyusu sekarang.. dalam 4oz sekali minum...
Dah menyusu, bukan main happy la dia

Muka qaira tengah yakkk dala kereta.. haih.. dah la banyak.. kesian aku kene hidu yakkk qaira dalam kereta ni ha... hahaha
Qaira dengan puting baru dia,,


Muka layu, nak tido...

First guna puting ni, qaira macam tak suka sangat.. dia duk kerut-kerut dahi bila hisap puting ni... pastu sembur puting tu dari mulut dia... haih.... tapi aku paksa jugak hisap.. penataku redah jam nakbeli puting kau ni qaira...

Balik rumah, siapkan lauk berbuka.... penat jalan tak hilang lagi.. tapi tak leh la nak rehat sangat, kesian dekat mak. Dah la paksa dia teman aku cari barang qaira... hehe


Masak sata... jangan pelik ye.. sata ni aku tak balut dengan daun and bakar, ku buat macam begedil dan kukus... sedap tau.. walau pun rupa tak berapa nak cantik....
Dalca ayam... yang ni mak teringin nak makan...
Cair sikit sebab malas nak cari santan. GUna santan yang ada je...
Yang ni menu wajib. sambal bilis petai.. nyum3...

Lepas berbuka, rutin biasa, pam susu... Yang penting guna botol baru.. hehehe
Alhamdulillah.... malas nak sambung pam sebab qaira setiap kali minum,hanya 4 oz.. 

1 comment:

Unknown said...

assalam hai.. sy syahida.. nak tnya simpan ssu dlm botol too berapa lama boleh tahan yee.?? bby sy full bf.. sbb nk ajar dia mnum btol plk..