Assalamualaikum....
Hai Korang...
Mahu mengapdate belog secepat yang mungkin.. maksudku menaip dan menyiapkan secepat yang mungkin sebelum si qaira bangun tidur dan mengamuk. bila dah ada anak ni, nak update belog pun kene curi-curi waktu qaira tidur. kalau tak, mau berkulat belog ni tak update.
Ok, berita gembira buat aku setelah 4 tahun menunggu. Aku dapat tukar dekat dengan suami. Actually aku dapat tahu 2 hari lepas. Bangun je tido, tengok hanphone, penuh dengan mesej dan whatsapp. dengan mamai cuba baca satu persatu mesej. alhamdulillah.... aku dapat tukar!!! yeayy.. terus call laki ku lerr.. excited benor dia... rezeki qaira...
yeayyy...... muka qaira happy dapat duduk dekat dengan daddy dia..
..................................................................................................
semalam pergi klinik, cucuk qaira untuk 2 bulan... punya la awal bangun dan pergi klinik sebab takut ramai orang kat klinik nanti.
qaira tak nak tengok kamera...
Sampai klinik, sementara tunggu turn kenecucuk, sempat lagi tido.
Mujur la qaira tak menangis sangat bila cucuk. nangis sekejap je. tu pun tak kuat. kalau nak compare dengan cucuk yang 1 bulan dulu, bukan main kuat dia nangis.
Dah kene cucuk, kene bagi upah la.. gambo gegar sebab mak yang snap. mak cakap aritu tangan dia gegar sikit. hahaha... pandai buat alasan ye mak.
Singgah kedai baju jap. nak cari baju yang kecik2... hahaha.. maklum la, lepas beranak ni, habis semua longgar....
tunggu nenek pergi pasar...
dahpenat dukung qaira, letak atas seat je.. mujur tak meragam..
muka mengantuk.....
Mata dah layu.. tunggu masa je nak lentok ni...
Hasil pam..... alhamdulillah.. murah rezeki qaira... :)
p/s: lakiku dah sampai rumah tapi demam la plak.. mintak-mintak tak jangkit dengan qaira
1 comment:
alhamdulillah...
akhirnya dpt jgak tukar.
seksa PJJ ni kan.
rezeki qaira ni.. :)
http://ninimohd.blogspot.com
Post a Comment