Tuesday, February 7, 2012

Johore With Love - 1st Day

Assalamualaikum.... 

Hi Korang... 

Yeayy... Dah dapat update blog..... macam-macam dalam kepala ni nak taip apa... excited ok nak cerita. Actually nana baru balik dari Johor, Melaka dan juga Singapore. Berjalan sakan nana kali ni.. ambil cuti sampai seminggu ok.
Ok la... Nana bertolak hari jumaat ke johor. alhamdulillah jalan clear. tak de jammed.

Bosan dalam kereta, macam ni la jadinya.
My Love

Nana tak tahu samada suami ku bawak laju atau johor tu dekat, hahaha.. rasa macam sekejap je sampai. Kali ni customer nana di Kawasan felda. agak mencabar. Tapi kami suka. hahaha.
Sampai rumah pengantin, kami rehat sekejap sebelum gerak ke rumah persinggahan. sepanjang shoot wedding ni, kami tinggal dengan atuk pengantin. Rumah tak de la jauh sangat dari rumah pengantin. Mulanya nak cari hotel la konon, tapi sangat-sangat jauh dari rumah pengantin. So kami stay je dengan atuk.
Atuk bagi suami kain pelekat. suka bebenor dia pakai. ni first time nana tengok suami pakai kain pelikat tau. sebelum ni jangan harap la dia nak pakai. takut tercabut kain tu katanya. errr...
Memang kalau bab makan, orang jawa terbaik la... ni yang atuk hidang mula-mula kami sampai rumah dia... keropok keping pun ada kat johor?? hahaha
lepas koropok, hidang nasi pulak... mak aii... memang full la kami ni haaa...

Lepas maghrib kami gerak ke rumah pengantin coz ada majlis akad nikah. kami sampai agak awal la sebab nak shoot apa yang patut dulu.
Rumah pengantin
Zana, pengantin perempuan.
Ini sayeeee :)
Posing depan pelamin....
Kami :)

Alhamdulillah.... settle majlis akad nikah.... yang paling best makanan dia memang terbaik, keluarga pengantin sangat sporting dan pengantin sempoi habis la... enjoy gila kat sini...

Sambung.........