Saturday, February 11, 2012

Saya suka lelaki romantik.. auwwww

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...
Entry hari ni nana just nak share apa yang nana rasa. Buat pengetahuan semua nana dah berkahwin selama 2 bulan 2 minggu dan 4 hari. Alhamdulillah... Dan nana bahagia dengan perkahwinan ini. 
Oleh kerana takde idea nak cerita, jom kita sembang bab lelaki romantik??? bagi korang la kan romantik tu apa??? Sesetengah orang la kan, kalau lelaki romantik tu macam, birthday je bagi cincin emas bapok la besor, anniversary je bagi rantai emas yang boleh buat ikat leher lembu, kiranya melibatkan ka-ching.. money.. money... Sesetengahnya ada berpendapat bagi bunga, sikit-sikit bagi bunga, sikit-sikit bagi coklat itu romantik.. tipu la kan masa bercinta si suami tak pernah bagi bunga. seingat nana 2 kali. sebelum couple dan sebelum bertunang.. haha...

Bagi nana, romantik tu luasssss, besarrrr maksudnya... kalau upload pic (gambar) dekat facebook ke, twitter ke, mesti ada orang komen " suwittt la korang.. romantik la korang.." auwww.. ai suka tau....
 Macam nana, Nana rasa husband nana sangat romantik la... bagi nana la kan... rasa macam bila dengan dia, rasa bahagia je.. macam di awan-awangan... (over ok... lalala). hahaha...

Nana rasa dia romantik bila :

1. Nana ni biasa la. tido bukan main buasnya... kalau mengantuk, tengah menulis pun boleh tertido... Kalau jadi macam tu kan, suami kejutkan nana, kalau larat dia dukungkan. tapi boleh kira dengan jari la kan, berapa kali dia dukung... ai berat la u.. Mau patah tulang dia kalau asyik dukung bini dia yang 48 kg ni. 
hahaha...

2. Kalau berjalan dengan dia, memang confirm kami jalan pegang tangan. kadang-kadang dia kiss pipi nana. actually bukan nak show off yang kami ni over ke apa, just kadang-kadang semua tu spontan tau. 

3. nana suka kalau dia masak untuk nana. Yeah, suami nana lagi pandai masak dari nana. kami pun duduk jarak jauh, so berapa kali sangat sempat masak untuk dia. Tapi masakan suami sangat la terbaik...

4.Suami nana tahu yang nana suka makan askrim.. memang kalau nana merajuk je, "askrim nak?? Baby belikan magnum" aih.. tu yang tak tahan tu. terus tak jadi merajuk.. jahat tau...

5. Suami nana adalah perunding imej nana. hahaha.. sebelum ni my mom tapi bila dah berkahwin ni, suami yang ambil alih. kejap-kejap tanya " baby, baju ni ok?" " baby, seluar ni ok tak?" yang bestnya, dia tidak pernah penat kalau ikut nana shopping sebab dia pun suka shopping macam nana. Dan dia lagi-lagi teruk dari nana kalau bab shopping tau. 

6. Before sleep atau every morning, dia akan kiss kat pipi nana. wish morning, wish good night. 
Dah jadi rutin dah bagi kami macam tu.  nana rasa bahagia dan tersangat...

Banyak lagi la tapi takkan nak senarai semua kan sebab nana rasa apa yang di buat, nana rasa sweet je kan. Maybe dia sangat cool kot. even nana marah-marah, dia still boleh cool.. hahaha...   
Tak semestinya romantik tu kena tunjuk. Kadang-kadang kita dapat rasa sendiri tau 
" oh.. romantiknya suami aku ni" sebab romantik ni datang dengan sendiri... 

Ada orang cakap dengan nana, 
"ala.. biasa la... mula-mula kahwin, memang la macam tu.. cuba tengok kalau dah anak 5, dah tua bangka, boleh lagi ke jadi macam tu.. laki jalan ke mana, bini jalan ke mana". 

Bagi nana la kan, itu bergantung pada kita. Macam mana kita nak hubungan kita. sebab tu kene sentiasa pergi honeymoon. Bukan baru-baru kahwin je. Lepas kahwin pun kene pergi honeymoon. tak semestinya honeymoon ni mesti ke luar negara. Balik kampung pun dikira honeymoon. Honeymoon ni adalah baja kepada hubungan kita. So.. sama-sama la kita doakan agar hubungan kita semua sentiasa bahagia dan kekal ke akhir hayat.

I LOVE U HUBBY...

2 comments:

cha said...

bahagia kan bila dpt suami romantik. i pun syukur sgt dpt hubby yg romantik cuma takdela seromantik hero drama melayu haha. alhamdulillah dr zaman kapel smpai kawen dia masih sama :D

♣DYA AL-AIEN♣ said...

hope dya tak telambat wish nana selamat pengantin baru.. baru skarang aktif blogging balik.. anyway baju pengantin nana cantek sgt.. suka tgk.. =)