Assalamualaikum...
Hi Korang...
Kembali men- update blog. Hari ni hari yang agak memenatkan la bagi nana. Nana bertolak seawal jam 3 pagi dari Terengganu ke Kemaman. Actually hari Khamis nana balik Ke Terengganu sebab mak nana tak sihat. So bila balik tu boleh la tolong masak, cuci baju or tolong apa yang patut la. Gerak hati seorang anak memang kuat, even sebelum nana balik tu mak nana call cakap dia dah sihat. Tapi nana tak percaya. Sampai je rumah nana tengok mak nana still la terbaring. Tak boleh nak bangun. Nana ke dapur, konon nak makan nasi la kan. penat drive dari kemaman, tak sempat nak makan apa-apa. Tengok kat dapur ada la sayur air petola, ikan goreng dan sayur goreng. semangat la ni nak makan, suap je masuk dalam mulut, mak aiii masim nyerrrr..... nana tanya mak siapa yang masak, rupanya ayah yang masak.. hahaha.. tak sampai hati nak cakap masim kan, nana tipu sunat la, cakap "sedap ayah masak." hahahaha
Esoknya, hari jumaat mak cakap dia nak makan tom yam. dia tak sedap mulut, so nak suruh nana masakkan tomyam. Nana suruh ayah belikan bahan-bahan nak buat tom yam. Bila dah siap je, mak bukan main la happy dapat makan tom yam. ye la, kalau tak, asyik makan makanan yang simple je, maklum la lelaki yang masak,. Itu pun bersyukur la ayah boleh masak jugak. dapat la jugak alas perut kan.
Pagi tadi jam 3 pagi nana bertolak ke kemaman, bekalkan air nescafe.. fus.. tuhan je tahun betapa mengantuk nya nana. dah la sepanjang jalan tu banyak bebenor lorinya. Nana sampai kemaman dalam jam 6 pagi. Lepas punch card, terus balik rumah bersiap-siap, solat subuh semua then gerak ke office.
Sempat la berakfast di office. mujur la breakfast disediakan, nana memang lapar tahap naga dah ni.... tak makan dari pagi. Dah la drive jauh. memang lapar la kan.
Antara staff risda yang datang untuk berarak... hahaha... sikit je.. yang lain berarak dalam bilik agaknya...
Huda, Haji wahab dan nana :) kena pakai baju batik
Haji man sempat lagi sikat rambut haaa.. kelas kau..
Cuaca dan semakin panas, mujur la nana bawak spek ni haa.....
CC saya dan abang lan.
Nampak tak betapa panas nya.. matahari dah meninggi...
Dah start berarak..
Budak-budak sekolah rendah.
Team risda....
Masa berarak, nana still pakai spek, then nana kene boo dengan budak-budak kat tepi, cakap nana pelik pakai spek kat luar tudung. Nampak aku pakai tudung apa ni? kalau pakai kat dalam spek tu, rosak la tudung tu. apa laaa... sakai bebenor budak-budak kat sini tau. tak boleh nak tengok orang pakai pelik sikit.
Team kami dah jadi carca marba dah.. sorang ke sana, sorang ke sini.. dah penat... haha
Si alia, anak staff pun ikut sekali berarak tau.
Dah semput dah masa ni sebenarnya. tapi maintain senyum dalam gambar.. hahaha
CC nana dah macam penyanyi al-gogo
Masing-masing dah penat dah dah..
Actually laluan yang asal sangat-sangat la jauh. so kami semua memang tak larat dah, terus potong balik office. tak larat dah nak berarak. masing-masing pun dah penat.
Terjumpa kawan nana, hajar, pengantin baru.. Cantik kan dia :)
Alhamdulillah.. settle pun hari ni.... Sangat penat.
Minggu ni nana balik ke KL, nak pergi wedding kawan nana,
rina salleh...
No comments:
Post a Comment