Monday, July 29, 2013

Berbuka Puasa di Rumah Baru atuk & neny

Assalamualaikum...

Hai korang...

Dua hari lepas, aku ke H&M, konon nak shopping barang qaira la..tapi non ado nye.. dengan qaira yang merengek... so ambek mana yang sempat je....
harus la baju hello kitty
comel kan... mummy suka hello kitty, so qaira pun kene suka jugak.. hehehe
...................................................

semalam ada majlis berbuka puasa di rumah baru mertua aku di semenyih. Tapi aku dengan suami pergi agak lewat sebab nak antar album customer dulu.

Qaira dalam kereta.. syok je baring


s
Anak  mummy sayang ni....
 
Qaira dan mummy...

lepas hantar album client, aku terus gerak ke semenyih. on da way nak ke semenyih, aku dah rasa lain macam..macam nak pitam. tangan pun dah ketar-ketar. then suami aku suruh baring je sebelah qaira. memang dah tak larat sangat... dalam pukul 6.30 petang, sampai rumah mertua aku.. masa tu dah ramai sedara mara yang dah ada.
depan rumah mama
baju ni agak selesa sebab buleh buat nursing dress.
mummy dan qaira

aku tak sempat nak snap gambo berbuka sebab aku memang dah tak larat gila. lepas berbuka aku terus muntah. maybe perut dah masuk angin dan aku dah kene gastrik. memang lauk pauk banyak gila tapi satu pun aku tak sentuh. just minum milo kotak je.. huwaa.. rugi.. rugi...
solat magrib berjemaah dan bacaan yassin... Babah selaku imam kali ni...
Dah habis solat semua, ramai yang dah balik. qaira duk melayan orang berborak...
Ni keluarga mak long je yang tinggal. yang lain dah balik dah. keluarga mak long ni duk semenyih je... so dekat aje la...

dah elok semua tetamu balik, qaira start meragam... dia lapar tapi tak nak direct feeding. tak sabar... melalak-lalak la dia nangis. aku dah risau dah.. kesian pun ada. babah suruh selawat-selawat sikit. tak lama lepas tu qaira elok je tido... syukur la.. aku memang risau kalau qaira start menangis. mati akal tak tahu nak buat ape...

start dalam kereta dari smenyih dia tidur, sampai la rumah... tak sedar-sedar. maybe penat sangat. mujur la lepas bangun tidur dia tak meragam sangat... ya allah.... hopefully qaira tak meragam dah... :(

1 comment:

ComelComot said...

alahai kenapa lah cute sgt bb gurl u ni..gram..xtahan baju2 die sgt2 cantik