Thursday, October 2, 2014

Anak lebih rapat dengan ayah.




 Orang tua-tua cakap kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah, hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab. Sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut, aku pun tak pasti. Yang pasti anak aku memang rapat dengan daddy dia. Sampai aku takde pun dia tak kisah. dia akan cari aku bila nak susu je. Tapi bila sekarang bila dia dah minum susu formula, lagi-lagi tak kisah kalau aku tak ada.
 Bagi yang mempunyai anak perempuan, pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya.
Jadi, mak-mak diluar sana tak payah risau kalau tengok anak lebih kepada ayah atau sebalik ya kerana bila anak berumur 1-2 tahun, mereka sudah pandai membuat pilihan yang mana menjadi kesukaan mereka. mana yang lebih dia selesa untuk bersama. Ini terjadi kerana tahap emosional sedang membuak pada mereka.

Jadi jangan heran jika anak kita nampak lebih pada ayah berbanding emaknya ataupun sebaliknya.., Anak umur 1-2 tahun sebenarnya dah mula dapat membuat pilihan terhadap sesuatu yang menjadi fabaret dia..ini terjadi sebab tahap perkembangan emosional sedang membuak pada anak...ha nampak tak ilmu ayah-ayah gua tahap mana..hihi - See more at: http://azfar9897.blogspot.com/2013/10/anak-sayang-ayah-lebihdidikan-yang-betul.html#sthash.dtRvg85x.dpuf
 Bagi aku cara mak dengan ayah didik anak memang lain. Sangat lain. Kalau ibu didik anak, kalau nak marah, memang kuat bebenor la suara dipekiknya. kalau boleh sampai nak bergegar rumah. Mungkin bila pertama kali anak kita dengar suara kita kuat, diorang akan takut, tapi bila dah biasa sangat dengar suara kita yang kuat, dah jadi kebiasaan dah bagi mereka. Tapi itu la ibu. Cara ayah didik anak, memang langsung tak cakap kuat. dipeluk, disayang, bila nak marah, bila geram je sekali sekala dengar si ayah bersuara kuat. utu yang buat anak lebih takut pada ayah dan sekaligus lebih rapat dengan ayah. Bila si ibu marah, di carinya ayah. mengadu pada si ayah.
Itu la situasi aku sekarang. Si Qaira memang setiap masa nak dengan daddy dia je. memang tak nak dengar aku. lagi-lagi lah bila aku dah mengandungkan anak yang ke dua ni. kalau dengan aku, langsung tak pernah nak tidur atas bahu aku. Kalau dengan daddy dia, di cium, di sayang.
Sampai aku tengok, macam angin je kan.. kalau aku ni, bila tak cakap "nak kiss", jangan harap nak diciumnye. Melainkan kalau si qaira ni buat salah, dia tengok aku macam marah, memang automatik, tak payah disuruh, memang akan datang dekat aku, di cium siap bunyi "muahhh".
Aku perhati juga cara suami aku jaga si qaira ni. Rumah aku ni rumah sewa, so aku memang takde beli sofa atau kerusi (aku fikir senang kalau aku nak pindah nanti). So bila suami aku main game atau tengok tv, dia akan letak qaira atas riba dia. Main game sama-sama dengan qaira. Maybe peha suami aku tu banyak isi ku, tu yang empuk semacam je.. tak payah nak pakai sofa. Kalau duduk atas peha aku ni, rasa tulang je, mana nak rasa syok. tak gitu, qaira??
Qaira dengan daddy dia memang rapat. Maybe dari kecik suami aku dah uruskan dia, mandi sama-sama dengan dia, cuci "yakkk" qaira, tukar dia punya pampers.
mandikan si qaira,
Tukar pampers dia qaira yakkk

Walaupun dalam sudut hati aku, agak sedih bila qaira tak berapa rapat dengan aku, dalam masa yang sama aku bersyukur sebab suami aku tak geli, tak kekok nak uruskan qaira, nak uruskan anak dan insha allah anak-anak. 
Walaupun seorang ayah kelihatan terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak, tapi  peranannya sebagai ketua keluarga jangan diketepikan. Biarpun hanya sedikit masa sahaja yang dimiliki untuk mendampingi anak tetapi ayah sentiasa memerhati dan memantau perkembangan anak-anaknya. Dan para ibu pun, tak payah la nak susah hati kalau anak kecik sekarang tak nak rapat dengan kita. Tunggu la bila diorang dah besar esok, kalau nak share masalah, dengan kita juga yang dicari 
( macam aku buat kat mak aku sekarang.. hahaha)


3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.. sy pun sama!! hwaa!! tgah sedeh ni..sbb,tu google "anak lebih syg ayah"..nak tgk isu ni..besaqnya cmna..tadi,anak yg sulong nk susu..nk abah jg buat..sy dah hangin td..gerammnyaa!! hwaa!! pastu,masa makan..yg si kecik tu..suapkan abah ja..ummi kt sebelah ni..dia bt xtau ja..masa nk nenen..br cari ummi..rasa sedeh sgt2..apa yg sy boleh buat ya..awak ada cdgn..anak2 sy laki n pmpuan..smua nk abah depa..hwaa!! sedeehhh!!

MaMa Chantique said...

Anak2 daraku memang rapat ngan papanya..berguling bergurau senda bagai...tapi kalau nk susu ke nak nenen pandai cari mamanya...hehe

Shela said...

adoii.. nampak nye masalah puan2 dan menimpa saya lak.. huhuhuhu.. anak dah 3 tahun, dh x mo tidor dgn saya.. kdg2 mak mertua pun pandang lain mcm jer.. mcm ibu x reti jaga anak lak.. sabo jer lah hati.. ni lah kot ibu nasib ibu yg berkerja mcm saya ni..