Saturday, November 23, 2013

Maternity & Children Expo....

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Ku update belog ku secara kilat iaitu secara cepat dan paling pantas kerana anakku dah merengek nak tidur dan ku kepenatan balik dariexpo.
Ok, sekarang di Mid Valley, Bangsar, ada Expo baby. so pada ibu-ibu yang ada anak, or baru nak mempunyai anak, elok la ke EXPO ini. sangat berbaloi... cewah... Promote sikit.



Aku sampai di Mid valley dalam pukul 11 pagi lebih. Tapi masa tu dah susah nak parking. Laki aku dah ngomel kat depan, aku biasa lah, dengan qaira duk seat kat belakang. Duk pusing-pusing cari parking dah dekat 20 minit. Alhamdulillah, dapat la jugak....
Mak cik nak posing sikit sebelum shopping...
over sikit posing.. eh..eh...
laki aku pun nak jugak... hahaha
 masa ni qaira dah mamai-mamai kat dalam stroller tu.... baru bangun tidur katakan..

Laki aku ajak lunch dulu. sebab bininya malas nak masak. Semangat lebih katanya nak pergi expo... so makan kat nandos ajo la...
qaira kalau dengan daddy, bergambo elok aje.. kalau dengan aku, gerak sini, gerak situ....
ha.. bukti... muka bukan nak tengok kamera. duk sibuk tengok daddy.
tak nak duduk diam...
dengan laki aku, elok je dia...
"Baby, u pilih la nak makan ape, i redha je.. sebab u belanja... hahaha... " Nampak tak ayat bodek aku?? haa....
budak bam-bam ni...
dah suruh laki aku order, yang ni je yang dipilihnya untuk aku.. so redha aje la..
kononnya, kalau tak cukup makan yang ni. Sorry, gambo makanan lain, tak sempat nak snap. lapor kebenor.. dapat je makanan, terus ngapp... s
Ni la intan payung aku sorang. Banker aku ni...
qaira dah start meragam... extra manja...

Aku pelik la kan, apehal la qaira ni, merengek je... rupanya, dah yakk... haih.. tak pergi expo lagi, dah yakk ye qaira....
nampak seluar dia.. habis bocor.. kan aku dah cakap, qaira ni kalau berak, mesti bocor la.... habis kene seluar...
Gigih laki aku cuci berak qaira...

masa ni beratur di kaunter pendaftaran. kata nak free gifts kan... kene daftar la..ramai kau manusia...
Ni antara booth yang aku memang nak pergi. sebab aku memang pakai brand ni.

Sale 50 %. murah gila kau.

Nampak???

So aku borong la beberapa botol susu untuk qaira. Botol susu harga diadalam Rm17 je satu... murah gilaaaa...
Booth Drypers pun ramai...

Banyak lagi booth yang ada tapi takde la aku nak snap semua gambo kan.. Qaira pun dah mula mengantuk... Lepas borong apa yang perlu, aku pun gerak la... Tapi masa aku nak balik, makin ramai yang datang. Mujur la aku datang awal... fus.... 

Qaira & Daddy...
Bila dengan mummy, Qaira buat buka.. haih...
Suka qaira tengok sekeliling.... jap pusing kanan, kejap pusing kiri..

kami...

Qaira & mummy...
Pandang lain...aku bukan main posing lagi...

antara barang yang aku sempat snap... Ampun la... tak daya aku nak snap semua...Qaira dah start meragam nak tidur.... nak update belog pun curik-curik masa.. macam ni la bila dah ada anak.. cewah...

ok la, selamat shopping semua, dah selamat berhujung minggu...

XOXOXO

No comments: