Sunday, November 10, 2013

Atasi Perut Kembung Bayi.....


Assalamualaikum...

Hai Korang....

Hari ni nana nak share untuk para ibu yang mempunyai bayi.... Perut kembung ni memang selalu dialami oleh kebanyakan bayi. Termasuk la qaira. Memang tak tahu nak buat apa bila bayi meragam, tak tahu punca.. rupanya perutnya kembung.... Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.
Tips pertama ialah, bagi nana tip yang paling penting ialah Sebaik-baiknya selepas kiya menyusukan bayi kita, pastikan bayi kita ”BURP”. Even kita menyusukan bayi kita dalam keadaan baring, so bila bayi kita kenyang, dia akan tertido dengan sendiri. MAKE SURE burp kan dia dulu. baru boleh biarkan dia tidur.
Seterusnya petua orang tua-tua  ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya. Nana pun ada cuba tapi hasilnya, so-so la.... hahaha...

Seterusnya adalah :

Sapu sedikit minyak angin, minyak mestika, minyak Yu Yee atau minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa

Nana nak share produk yang nana gunakan untuk qaira. Sebelum ni memang nana gunakan minyak telon,tapi tak berapa mujarab untuk qaira. Then nana tukar minyak Yu Yee, tapi macam agak panas. even nana sendiri guna pun boleh rasa panas minyak tu. Bayang kan kalau baby guna. So nana tukar pada minyak ni.

Euky Bear...

Cara nak guna senang je...

Lepas mandi je, sapukan minyak euky bear ni sambil urut-urut pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Jangan lupa pakaikan stokin ya...


Muka happy je bila sapukan minyak pada perut dia.
Minya euky bear ni memang elok untuk bayi sembelit juga. Kadang-kadang bila qaira tak berak, nana sapukan dekat perut sambil urut-urut sikit, tak lama lepas tu, comfirm qaira terus berak. Maybe minyak ni serasi dengan qaira kot.
Tadaa... dah siap...

Alhamdulillah... qaira memang tak kembung dah sekarang. Kalau dulu, pening nak fikirkan macam mana nak hilangkan kembung qaira. Syukur alhamdulillah...

 


1 comment:

Anonymous said...

Dear Valued Customer,

Thank you for your support on Euky Bear's Australia eucalyptus products.

It is safe, natural and effective.

See Euky Bear (Malaysia version) http://www.eukybear.com.my/

Thanks
EukyBear support team