Assalamualaikum....
Hai korang..
Last entry pasal raya. Disebab lepas kawen hubby tak sempat lagi nak kenal-kenal saudara mara nana di besut, so last day sebelum masuk kerja, kami ke Besut.
Lepas kena paksa, baru la ayah dengan mak nak bergambar... susah benor nak posing depan kamera.. haih...
Sedara mara nana memang sangat ramai dekat besut ni. So, singgah satu tumah ke rumah memang sekejap la. Banyangkan setiap rumah hidang air dan makanan, kalau 10 buah rumah?? mau tak buncit perut kami. Semput makan banyak sangat.
poyo kan...
Pose dekat sawah pagi ala-ala video klip Orang kampung gitu...
Hubby dengan rambut botak dia... Dah macam gangnam style... hahaha
last rumah sebelum balik ialah rumah mak long kat Tok Dor.... fusss.... nasib la mak long hidang mee rebus, bukan nasik... Tak mampu dah nak sumbat perut ni dengan makanan.
Hubby dengan Buah salak dekat rumah Mak Lon... Tapau bawak balik laa.. apa lagi..... Memang sedap gila. masam manis. fusss... makan sekali, nak lagi... cewah.. macam iklan gitu...
p/s: Malas weh nak keje.....
No comments:
Post a Comment