Wednesday, August 1, 2012

Bulan Ramadhan ......

Assalamualaikum....

Hari yang 12 dah kita Menjalani Ibadah Puasa. Syukur Alhamdulillah... Ramadhan sudah masuk bahagian ke dua meninggalkan bulan Rahmat dan memasuki bulan Pengampunan. Kalau boleh tahun ni tak nak la miss puasa lagi... Hopefully.. Ye la, tahun depan belum tentu lagi kita jumpa dengan Bulan Ramdhan ni. Mungkin ni Ramadhan kita yang terakhir. Siapa tahu kan...

Selagi mampu, mari la kita sama-sama jalani ibadah Puasa ni sebaiknya. banyakkan lah solat-solat sunat, membaca al-quran.Janji ALLAH SWT setiap amalan sunat di bulan Ramadhan ganjarannya sama dengan amalan Fardu manakala setiap amalan Fardu ganjaran berlipat kali yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Sabda Rasulullah SAW, 
Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan“. 

Subhanallah... Janganlah kita terlalu mengejar harta Dunia kerana Dunia ni hanya lah pinjaman. Mari lah kita sama-sama mengejar Akhirat, nescaya kita akan dapat Dunia juga.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya..."
(Surah al-Baqarah, ayat 261)

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(Surah al-Hadiid, ayat 18)

Justeru, jadikanlah bulan Ramadan kita sebagai satu bulan yang penuh dengan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga kita dapat beristiqamah dalam meneruskan amalan kita sehingga pada bulan-bulan seterusnya,
 insya-Allah.

No comments: