Saturday, May 26, 2012

Family Gathering...

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...

Baru ada kesempatan untuk update belog ni. Jumaat lepas, nana ke KL.. maklum la merindu pada suami. tambah lagi majlis pertunangan angah pada hari ahad. So nana datang awal la untuk tolong apa yang patut. Kami plan nak sambut birthday mama dengan babah serentak. so roger semua adik beradik ajak keluar makan kat luar. Mula-mula kami nak pergi Chilis, tapi bila fikir balik, dengan masa yang tak sempat nya, kami pergi ke Seoul Garden je. Dekat dengan rumah. 
Nanayang makin bam-bam sekarang...

Share tea... Sangat sedap... Dulu try chatime pun sedap. then husband suruh try yang baru. ala-ala chatime jugak la share tea ni tapi agak manis skit la.. lupa nak suruh less sugar. Harga pun tak mahal sangat la. better than chatime la kot.

Outfit : Thepoplook.... 

Kami sampai di Festival city tu agak awal. tak tahu nak buat apa. pusing-pusing pun tempat sama je. then incik hubby ajak pergi karok... Booking la satu jam.... agak tak puas la untuk melalak... hahaha...

Kami plan pukul 8 tau semua bekumpul tapi diorang datang agak lewat. So kami bedal dulu apa yang patut. makan dulu... dah setengah jam makan, baru la diorang sampai. atuk pun ada sekali. Tapi memang best la bila dapat berkumpul dengan family semua macam ni.
 
Hadiah untuk Babah. Harap-harap babah suka la dengan hadiah yang kami pilih ni. Tak tahu la nak beli apa dah. so kami pilih pen je la..Untuk mama, nana beli kain batik sutera. Menantu orang terengganu katakan. ehehehe.

Kek Birthday mama & babah. Kalau tak silap nana kek ni angah atau aida yang sponsor. ni memang kek yang mama suka butterscotch.

nana & incik hubby  :)

Babah dan mama :). sweet sangat.

Seoul Garden. berbaloi la kot kalau nak makan sebulan sekali dan bagi yang selera besar.. perot macam nana ni tak mampu nak makan banyak-banyak macam ni. cepat sangat kenyang. so rugi la. hahaha...


sekian :)

1 comment:

asha said...

cantek and stylo la nana:)

kalau asha, asha takder keyakinan nak pakai style cm tuh.sebb bdn sayer ni tak der curve.muncit.huhu