Assalamualaikum....
Hi korang...
Dah lama rasanya tinggalkan belog ni tanpa update. Banyak sangat benda yang berlaku kat nana lately ni. perkara baik, perkara yang kurang baik. Tapi alhamdulillah.. semoga nana dapat hadapinya dengan tenang. amin.
Last week, nana apply surat untuk pertukaran nana ke Risda, ampang. lepas je taip surat tukar, nana sendiri masuk bilik bos nana, minta tandatangan dia tanda sokongan untuk surat nana ni la. ye la, sampai bila nana nak berjauhan dengan suami. then bos nana cakap kalau boleh dia tak nak nana bertukar buat masa sekarang. Dalam masa yang sama dia bagi nana tanggung kerja untuk salah seorang bos nana yang ditukarkan ke HQ. sementara tapak tu kosong, nana yang tanggung kerja tu. Jadi sebelah kaki nana di Unit Bekalan, sebelah lagi di Unit Kewangan. Memang itu rezeki bagi nana, alhamdulillah tapi sedih bagi nana sebab bos nana tak nak sign borang tukar nana. maknanya nana terpaksa stay lagi di kemaman dan berjauhan lagi dengan suami. Kos perbelanjaan bila PJJ ni memang banyak. Mana kos untuk ulang-alik lagi, mana kos rumah sewa, macam-macam la. semuanya kene dua sebab tinggal berjauhan.
Tak habis dengan itu, dugaan di rumah sewa pula. sekarang nana tinggal bertiga di sebuah rumah yang agak besar la. Nana pilih master bedroom sebab senang kalau suami nana datang hari minggu, tak perlu la nak tinggal di Hotel. agak membazir di situ kan. seorang lagi baru je berkahwin last week dan another one masih single. tapi masalahnya sekarang, housemate nana yang dah kawen tu nak stay di rumah yang kami sekarang, dan maknanya nana terpaksa mencari rumah sewa yang baru. Subhanallah... mana nak cari rumah sewa area kemaman dalam masa yang terdekat ni. Dugaan sangat-sangat. dan ini la masalah yang nana fikir setiap masa sekarang ni.Sedih sangat-sangat.
Khamis lepas, Seperti biasa waktu habis kerja kami di pantai timur adalah 3.30 petang. Tapi nana pening bila fikir, hari khamis, tiket bas yang last untuk petang adalah jam 3.30 petang. mana nak sempat nak kejar punch card then pergi stesen bas. dah la stesen bas agak jauh dengan office kami. Bukan tak de tiket tengah malam tapi siap yang sanggup nak tolong hantarkan nana tengah-tengah malam kat stesen bas ni. kalau dulu boleh la nana mintak tolong kawan nana punch kan untuk nana, sekarang dah ada pulak kerani yang jaga dekat mesin punch card tu. So, kawan nana dah tak boleh nak tolong punch untuk nana lagi la. sedihnya. Dugaan banyak betul. bertimpa-timpa datang sekarang. Tapi ini la dugaan bila dah kawen ni. Memang kene banyak bersabar.
Subhanallah.....
p/s: Doakan semoga di permudahkan semuanya.
2 comments:
Siannya u nana. Mintkla bos u sign jugak surat tu. Klau i seksa kot nk tanggung keke org. Mmg gaji lebih tp pening pn ye. Tp mmg btul pjj ni kos byk. Duit abis atas jalan je sbb akak ofis i pn pjj. Dia ckp dia mane ada saving lg sbb duit abis dok ulang alik je. I doakan yg terbaik utk u ok :')
sabar yer nana..
memang inilah dugaan bila kita berpjj and memang makan kos yang banyak.
macam asha, tiket flight lagi, rumah sewa hubby nasib baik kat swk dduk dengan parents.sabar yer nana..setiap yang berlaku pasti ade hikmahnyer kan.
asha pasti nana mesti seorang yang kuat:)
Post a Comment