Monday, May 28, 2012

Angah & Hajar E-Day


Assalamualaikum...

hai Korang...

Last day berada di KL.... Pagi-pagi selepas solat solat, bersiap, packing baju sebab kami start berarak dari KL ke Semenyih dulu, kat semenyih tunggu angah, makan-makan , siapkan hantaran yang mana-mana tak siap. Then baru la berarak ke Jelebu, Negeri Sembilan.
My hubby ni sangat liat nak bangun pagi tau. Puas la nak kejutkan dia bangun. Konon dia tak boleh nak tido semalam.  mama dah berapa kali call sebab kami dah lambat.. hahaha.. Ampunkan kami ya mama.  Dah la bangun lewat, mana nak gosok baju lagi. Tu la.. nana kejutkan awal-awal bukan nak bangun.
Sebelum gerak ke Semenyih... Sangat pink ok.. Tak sangka my hubby akan pakai pink.. dulu bukan main tak suka dia dengan pink. Macam perempuan la, jambu la. sekarang.. amboi.. over kau...
Kami bertolak Dari semenyih ke Jelebu dalam pukul 9.45 pagi la.  Actually nana pernah datang kat Jerelu ni masa tahun 2009, masa tu nana mula-mula masuk Risda. Program anak angkat Selama seminggu di pedalaman kami Boong.  Jelebu ni dah kira bandar tau. So, ada hikmah jugak la nana datang sini.
Sampai di Jelebu ni agak awal la. Dalam 10.45 pagi. Majlis di rumah pihak perempuan dalam pukul 11.30 pagi. So kami still ada banyak masa la. Pak Busu ajak pergi pasar pagi di kawasan bandar Jelebu ni la.

 Baju dah bekedut-kedut sebab tertido dalam kereta. Hahaha... Di pasar pagi Jelebu....
 Hubby. Sangat panas masa ni... fusss... berpeluh satu badan ni ha...

 Gerak ke rumah Tunang angah, hajar. Nana, hubby, cik Non dan aida naik satu kereta. Mujur la tak jauh sangat dari Semenyih tau, kesian diorang kat seat belakang penuh dengan dulang hantaran.
 Gadis dan mak dulang.. hahaha...
Hubby jadi Mr Photog untuk majlis ni. Bila tengok angah tunang ni, teringat masa nana tunang dulu. hahaha... cuak sangat kau. pastu nak jalan tu nak control ayu je kan sebab ramai mata yang memerhati. masa tu la risau kalau ada lada terselit kat gigi ke, ada "something" kat hidung ke. Nak senyum pun control.. arghhh.... sangat bukan diriku lah. hahaha....
Disebabkan adat kat sini lelaki tidak dibenarkan masuk, nana pun ambil alih jadi Mrs Photog. Agak cuak laa nak snap gambar sebab dah lama tak pegang kamera. Dalam hati jangan la gambar ni buruk. Ye la majlis orang kan. risau sangat-sangat.
Mama tengah sarungkan cincin.. suka tengok cara hajar lilit shawl tu.. sangat comel.
 Hantaran pihak lelaki dan perempuan
 Suka tart hantaran tu.... Sedap....
Nana dah join mak-mak orang ok... serius masa ni sangat segan... dah la baru je nak ramah mesra, nak kenal dengan sedara mara. So sangat maluuuuuuuuuuu. " tutup muka dengan bantal".Tapi alhamdulillah.. diorang sangat la sporting... nana asyik gelak je...Mak lang asyik buat lawak je.
 Angah dah jadi Tunangan orang.
Mama dan babah dengan Hajar :)
 Nana dan hajar :)
 Nana, Hajar dan aida... Baru perasan, sama tinggi je kami ni.. hahaha
 Sad... gambar ni blur skit.. nana tak bawa kamera, so guna iphone je...
 Geram... hubby buat perangai...
 Rombongan dari pihak lelaki.. tapi tak semua yang masuk dalam gambar ni...
New Family...
Suka sangat gambar ni... walaupun mata nana tengok lain..... bencik...!
Last....... kami :)


Syukur semuanya dah selesai...... Tahniah buat angah dan hajar. Berdarah manis dah korang...
Happy sangat sebab dapat luangkan masa jumpa sedara mara. Ye la, kalau bukan kerana majls macam ni entah bila lagi dapat jumpa.

sekian :)

2 comments:

cha said...

amboi pink ok haha kazaa tak berani lg nk pakai pink tau. bagus btul family u sume ikut tema

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam dear

boleh tak tanyakan pengantin tu mana dia sewa atau beli baju putihnya tu
momoy betul-betul nak plzz
email momoy yer
syalyx_00@yahoo.com