Assalamualaikum.....
Hi korang...
Menghabiskan hari minggu di kampung tanpa buat apa-apa memang syok. Tengah duk melayan cerita hindustan kat Tv3 ( cerita hantu lagi ), tetiba ada idea la menulis blog. Tentang kehidupan selepas kahwin, selepas bergelar isteri ni.
Alhamdulillah... dah 2 bulan lebih nana bergelar isteri. tapi kata budak office nana, same je nana sebelum kawen dengan sebelum kawen... Mungkin nana ni memang jenis happy kot. eh.. tapi nana agak confuse di situ... nak berbeza celah mana pulak kan... kan aku jawab lucah kan, ada yang kata nana pervert pulak kan.. muahahaha... then ada yang asyik tanya nana, best dok kawen ni?? best dok?? urm... kalau diikutkan kepada soalan, mereka yang bertanya tu mesti nak kan jawapan yang ala-ala mengatal kan?
yeah.. soalan memang akan menjurus ke arah soalan yang gatal je la.. tapi itu biasalah... usikan biasa bagi pengantin baru.. layan kan aje...
Bagi yang masih tak tahu, nana dengan suami memang PJJ... maksudnya hubungan jarak jauh... suami nana kerja di KL dan nana kerja di Kemaman.. Kalau ada rezeki, setiap dua minggu sekali, kami akan jumpa. Kalau tak de rezeki, sebulan sekali la kan... Demi mencari rezeki, terpaksa la...
Ada yang bertanya, tak pe ke nana, duk jauh dengan suami??? percaya ke dengan suami?? macam-macm soalan la nana dengar.
Tapi nana percaya dengan takdir, jodoh pertemuan semua di tentukan ALLAH. Nana selalu berdoa semoga Allah sentiasa dekatkan hati kami walaupun kami jauh di mata.
“Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh…”
Ikhlas nana cakap, bercinta tak sama bila dah bergelar suami isteri. Saat berjauhan, hati sering
merindu. Sentiasa inginkan perhatian.Kalau berada depan-depan, silap sikit, suami boleh terus pujuk. Tapi bila duduk jauh ni, agak susah la kan... nak merajuk lama-lama pun nanti merindu.
Tapi percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.Ya la, nana dengan suami kenal tak lama, orang kata bercinta selepas kahwin.
Tapi nana percaya, kita kena positif, bersedia
untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur
dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah
untuk berakhlak baik, perlu ikhlas…
Subhanallah.... Nana sayangkan suami nana. Nana sentiasa berdoa agar nana dapat buat yang terbaik, dapat menjadi isteri yang solehah, isteri yang disayangi suami. amin.
5 comments:
kaknana, semoga bhgia bersama hubby hingga ke syurga :)
siannye u duduk jauh. takpe insyaallah ada rezeki dpt duduk sama nanti ok. tp mmg kan dr zaman bercinta smpai la kawen ada je dugaan tp dh kawen ni cinta makin kuatla insyaAllah :)
Laskar pelangi @ terima kasih dik.. *hugs*
Cha @ tu la.. Tu la.. Lepas kawen mmg lg byk dugaan. Lagi2 kalau pjj ni.. Tp itu la yg menguatkan lg hbgn...
Kak Nana, macam mana erk kalo husband kita study oversea & kita study kat Malaysia? Jauh kan...
Post a Comment