Tuesday, January 17, 2012

Day 2- Rockin Penang ❤

Assalamualaikum...

Hi Korang....

Nana nak update hari kedua nana di Penang.... Hari kedua lagi mencabar la bagi kami... Kene bangun awal pagi sebab bersemangat nak pergi Bukit Bendera.
Terima kasih suamiku sebab buatkan sarapan... auwww... sweet sangat...

selepas sarapan, semangat semua nak ke bukit bendera ni haa.. sampai sana, kami macam pelik tau bila tengok pagar kat sana tertutup... tanya punya tanya, rupanya sekarang cabel car di bukit bendera tengah diselengara... Haih... penat kami drive jauh-jauh semata-mata nak naik kereta kabel tapi tutp... sakitnya hati....

dengan membawa hati yang duka dan lara, cewahh, kami pun pergi la ke Tokong yang paling besar di penang... boleh la kalau nak bergambar kan... kami ni kan kaki gambar semua...
Aroy dan suamiku..
nana. tyra dan aroy
nana dan suami..
kami :)
Suamiku yang Rock!!
Polaroid picca... kami :)

Pintu Masuk Tokong... Besar mak aii
Dalam train.... rimas, ramai manusia kat dalam ni himpit-himpit...

Settle dengan tokong, kami gerak ke Tempat makan best... yang terkenal jugak di Penang.... Nasi kandar Line Clear.... Memang superb...

 Kami.. Actually dah siap makan ni haaa... suruh mamak kat situ tolong ambilkan gambar guna polaroid... mujur cantik diorang ambilkan.... like 1000x... hahaha... Dah siap makan, kami balik ke Condo, rehat-rehat sebelum memulakan perjalanan ke Batu ferringhi.


No comments: