Thursday, February 9, 2012

Universal Studios - Part 1

Assalamualaikum.... 

Hi Korang...
Actually nana baru je balik dari USS ( Universal Studios, Singapore). Pengalaman tu sangat best sebab kami naik bas dan train. So, macam-macam rintangan la kami hadapi. maklum la first time kan datang sana. 
 Kami stay di Hotel hanya Satu. Harga untuk Satu malam RM95/ weekend. kalau weekdays RM85.
Hotel ni sangat dekat dengan kastam. So no need la bas or taxi nak ke sana. cuma guna tenaga je la. berjalan sikit. tak jauh pun. dalam 10 minit.
Kami bangun seawal 7 pagi.  berakfast dulu di depan hotel kami. Nana order roti canai sardin tapi banyak sangat la bawang nya. terus mati selera. i tak suka bawang ok.
Mula-mula kami nak naik bas ekspress tapi bila ke kaunter bas, semua tiket nak ke universal studios dah habis. ada pun maybe petang. So, kami decide just naik train je la. Tapi sebelum naik train, kene naik bas awam dulu, (bayar $2) ke kranji.
Cek pasport dulu di kastam.
Naik bas awam ke kranji, bayar $2. 

Ok, after dah sampai kranji, kita kene naik train pulak. Tapi nana tak pasti la berapa bayar dia. 
rasanya dalam $3.
Naik train ni ambil masa dalam 1 jam jugak la sebab banyak perhentian .


then after sampai last perhentian, kami kene naik  train lain yang last ke pulau sentosa. dari pulau sentosa tu la kami akan ke Universal Studios.
Dah sampai....
Kami sampai awal. so tak ramai lagi nak berposing dekat sini....


Alhamdulillah... sampai jugak kami ke sini...

Continue....

1 comment:

saharinasaharudin said...

wahhh,bestnyeee.nak pegi USS jgkk :)