Monday, July 27, 2015

Kenapa saya pilih carrier bukan stroller

Assalamualaikum...

Hai korang...

Ku buat entry ni disebabkan ada mulut-mulut yang bertanya, kenape kau beli carrier?? kenape tak beli stroller je? senang tolak aje...

Ni jawapan saya kenapa saya pilih carrier untuk anak kedua ni

Sekadar berkongsi cerita walaupun dikira buka pekung di dada bak kata orang tua-tua. Aku pernah stuck di escalator masa bawa stroller. tayar stroller tu macam melekat di tangga escalator sampai stroller tu macam terjungkit naik. mujur anak aku ok. Lepas dari tu, aku memang serik nak bawak stroller naik escalator. Bayangkan la kalau ada 2 stroller. kami kene bawa satu sorang. So aku decide pilih stroller. Insha allah aku rasa lebih selamat ( dengan izin allah insha allah).

Oh sebelum tu aku menggunakan Carrier jenama ERGOBABY. Tapi kene pastikan ORIGINAL ya kerana banyak gila yang jual FAKE sekarang. Carrier yang fake tak sama dengan bag yang tak ori ye. Ada pernah satu kes, baby jatuh dari carrier kerana buckle patah. so kene pastikan ORI!!

 Carrier ni jugak ada banyak jenis, ini antara jenis-jenisnya (kategori) :


Aku pernah cuba baby wrap jenama BOBA tapi aku rasa tak sepantas aku memakai carrier biasa (ergobaby) dan aku rasa lagi selesa bapaki ssc dari wrap. Tapi ada ibu-ibu yang lagi selesa pakai wrap. itu diatas pilihan korang sendiri la. mana yang senang dan cepat. yang penting, baby selesa dan selamat.

Cara pakai SSC ni :
 

Sebelum aku Join group  (FB :MALAYSIAN BABYWEARER), aku main belasah je pakai carrier yang beli kat mall (lupa jenama apa) harga pun dalam 100++,. memang sakit pinggang bila pakai lama-lama dan baby pun nampak tak selesa. Bila aku banyak baca tengang baby wearing ni, baru la aku tahu jenis yang elok dan tak elok.
 Nak guna carrier ni pun ada cara tau. tak boleh simply kau dukung je anak tu kat dalam. 


kalau newborn, kita perlukan support kat dalam carrier tu untuk selesakan lagi bayi kita . Infant Insert ada jual berasingan tapi selain beli insert tu, boleh guna cara ni. :

 cara-cara nak simpan carrier anda :
 Ni contoh carrier yang kami guna dulu.... huhu.. masa ni takde ilmu sangat tentang baby wearing, so main belasah je guna carrier ni.

 even pakai carrier, still support guna tangan kat badan qaira sebab rasa carrier ni tak kukuh.. hahaha

So sekarang ni bila dah menuntut ilmu sikit-sikit pasal baby wearing ni, aku beli Carrier Ergobaby ni. serius nampak si Dhia ni selesa sangat kat dalam, siap boleh breastfeed dan tidur dalam ni. itu yang best bila pakai carrier ni. so rasa memang berbaloi sangat beli carrier ni even agak mahal. gigih ku menabung.


 Dhia tengah tidur kat dalam.
Daddy dan dhia.

So itu la sebab kenape aku lagi selesa pakai carrier. Tapi stroller pun still bawa kalau pergi jalan. Stroller untuk qaira, carrier untuk dhia. Nak pergi beli barang dapur pun senang.

Kalau nak tahu lagi pasal baby wearing ni, korang join la group MALAYSIAN BABY WEARER di Facebook.

1 comment:

Su Hamid said...

Sue pun begitu jg lebih mudah dan pantas guna carrier. Stroller ada juga. Guna time ada event yg mkn masa sehari.