Assalamualaikum....
Hai korang...
Baru la ada masa nak mengapdate belogku setelah lama bebenor
dibiarkan bersawang. Bukan ape, kat kampong ni internet slow kalah siput sedut
(sila tampor laju-laju ye).
Ok la... ada yang
bertanya, apa yamg aku makan ketika pantang ni. Nasi banyok mana, makan ape. Meh
mak anak dua ni nak share apa yang aku telan sepanjang 44 hari pantang ni.
Breakfast
Kalau breakfast ni, biasanya aku makan biskut atau roti
dengan susu @ milo. Susu anmum lacta sebab susu tu je yang aku boleh telan. Biskut
pulak biskut low salt, high fibre ye. Kadang-kadang makan roti. Tapi mak bidan
tak galakkan sangat makan roti sebab takut badan kembang. Harusla aku ikut tapi
langgar jugak la kadang-kadang. Hahaha.
roti untuk sarapan. tolong jangan skip sarapan bila pantang ye. karang perot masuk angin
susu lacta. susu khas untuk menyusu
Lunch
Makan tengahari aku simple je. Sangat simple. Nasi sesenduk,
sup sawi dan ikan panggang. Actually aku ni memang agak kuno dan kekampungan
sikit kalau bab pantang. No ayam, no daging. Hanya Ikan panggang lada hitam. Tapi awal
pantang aritu mertua aku ada masakkan ikan tenggiri kukus dengan halia ada kuah
sikit-sikit. Aku bedal aje. Tapi bila pantang rumah mak aku, itu aje la menu
aku.
Hi-tea
Cewah.. hi-tea bagai kau. Serius dalam pantang ni, memang
sentiasa lapar, aku bedal biskut kering dengan kopi o. Sedap x yah cakap la..
memang berppeluh habis badan ni...mana tak berpeluh, cuaca panas, bedal kopi o
panas. Tapi memang sedap rasa badan...
ikan tenggiri @ ikan merah masak halia
sup sawi.. sedap mak oii...
ikan panggang lada hitam terlebih hangit sebab duk sibuk dengan anak aku yang melalak nak tengok mommy dia masak. eh... panjangnye nama masakan.. hahaha
Dinner
Aku memang makan nasi sekali sehari je. Kadang tak makan nasi
pun. Kalau lapar, aku bedal makan ikan dengan sawi. Kalau malam, aku makan
biskut dengan susu. Atau milo.
Lain-lain ubat pantang
Aku telan vitamin 4life. Aku makan vitamin ni sebab bagi aku
memang bagus la. Minggu kedua aku pantang, anak aku dua-dua selsema. Sampai aku
jangkit sekali. Aku telan vitamin ni, Alhamdulillah, cepat je hilang. Untuk qaira,
aku letak dalam susu. Untuk baby dhia, aku la yang telan, then dia dapat zat tu
dari susu aku la sebab breastfeed kan.
Jamu pulak aku tetap dengan nona roguy. Bagus jamu ni sebab
langsung tak sembelit. Lawas je. Ubat tu telan 2 bijik malam, esok pagi
confirm korang membuang dengan jayanya tanpa risau. Tapi aku makan jamu ni
start hari ke 15 sebab anak aku ada kuning skit awal-awal. So aku elakkan makan
jamu.
vitamin 4life.
jamu nonaroguy
alhamdulilah... hari ni aku dah habis pantang dengan jayanya...bila nak kurus?? tak kisah la kurus ke tidak, asalkan susu aku banyak melimpah ruah supaya dhia dapat sepenuhnya susa badan sampai 2 tahun. inshaallah...ok, jumpa di next entry ya,,, tata titi tutu...
2 comments:
Alhamdulillah..tahniah dah habis pantang..smg berjaya menyusukan dhia sehingga 2 thn..amin ^^
Insyallah ade rezeki anak lg nak berpantang betul2
Post a Comment