Assalamualaikum...
Hai KOrang...
Pada 4 November 2014 iaitu semalam, office aku buat sambutan Hari Wanita dan semalam juga merupakan Hari Lahirku ke 28.. wah.. dah tua.. hahaha
SEsungguhnya Hari Lahir yang tak best jugak sebab perutku meragam dari pagi. Sakit yang macam cucuk-cucuk tapi aku buat layan tak layan. cuba menahan semampu yang mungkin.
Ramai staff dari daerah-daerah dan Negeri datang termasuk la bekas budak office aku dulu.
Antara peserta Hijabista. AKu tak join, hanya menyibukkan diri.
Meriah juga la sambutan kali ni... Siap ada photo booth lagi. kelas gitu
Dengan Zureen,
Banyak jugak prop untuk sesi bergambar.. hahaha
Aku pun tak tahu macammana aku boleh posing macam tu. maafkan mak yee
Birthday girl ok...
Ada jugak photo-bomb dikala mak nak syok sendiri
Menunggu cabutan bertuah tapi takde luck la kali ni.. hahaha.. maybe next time insha allah..
Bila dah 6 kali aku cirit birit, sakit perut, mujur la laki aku pick up dekat office. Disebabkan birthday aku, laki aku tanya la nak makan kat mana. jawapan aku "nak pergi klinik, sakit perut sangat". makan tolak tepi.
Doc cakap aku mungkin keracunan makanan. Klink pun dah pergi, laki aku ajak pergi JUsco je. mall yang paling dekat dengan rumah. 5 minit je.Kata nak belanja aku makan, tapi boleh pulak ajak pergi sushi king. Dah la aku bukan pengemar sushi. Tapi pasrah la bila laki nak makan sushi...
Tengah tunggu laki aku makan, boleh dikatakan 2,3 kali aku ulang alik toilet. Memang tahap kronik aku punya cirit birit.
Kat sushi King, qaira pulak dengan ragam dia...
Order makan untuk dia, bukan nak dimakan, dicucuk-cucuk nye makanan tu... hah.. qaira..qaira.. pening mommy dengan kamu ni..
Sampai umah, laki surprise kan dengan bunga... eh..eh... romantik pulak laki aku ni... aku pernah cakap kat laki aku zaman bercinta dulu, aku tak suka bunga. Tapi orang dah bagi, aku terima dan happy jee... sorry la baby, tak dapat nak celebrate birthday, keadaan tak mengizinkan..
So... sempenan birthday ku ni, Doakan aku selamat, baby dalam kandungan ku selamat, selamat lahir, sihat tubuh badannya yaa... muahh...
XOXOXO
2 comments:
Aminnn! May Allah bless :)
sincerely,
Najlaa 'Aqilah
beauty fashion n lifestyle blog
Happy Birthday Nana semoga dipermudahakan segala urusan ye ...Qaira makin cute ler...
Post a Comment