Monday, October 7, 2013

"Susu saya tak cukup....."

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari ni nana nak share asas penyusuan susu ibu. Takde rahsia pun sebenarnya. tapi sekadar nak share apa yang nana tahu la kan.

cara untuk memastikan supply susu ibu yang berterusan :

1. Pump ikut jadual. Jangan skip
2. Stay hydrated. 
3. Power Pumping
4. Tandem bila dirumah. Cuti/ raya/ ada kelas/ kerja pun still kene pump ok!!
5. Keep calm. Stress penyebab susu merudum. NEVER SAY susu saya tak cukup!!!

Sekarang qaira dah 4 bulan, alhamdulillah selama 4 bulan nana sepenuhnya breastfeed.... nana akan pump 3 jam sekali.... 
setiap sesi biasanya nana akan dapat dalam 5-10oz. bagi nana cukup la sebab qaira pun minum dalam 3 oz  kalau di rumah pengasuh. So nana akan bagi 20 oz pada pengasuh. still ada balance or kadang-kadang habis la.
Jangan tanya apa rahsia sebab nana memang takde rahsia. kalau pump per session dapat sikit, kene na pump banyak kali dalam sehari tu. Trobleshoot dulu masalah. Bukan terus beli pump paling mahal atau milk booster paling terkini. nana pun bukan selalu dapat banyak. kadang-kadang nana dapat sikit, tapi nana akan cukupkan 18-20 oz sehari.
jangan la mengeluh atau down. Then jangan nak bandingkan jumlah susu kita dengan ibu lain. keperluan anak masing-masing berlainan.jangan bergantung pada milk booster bersifat sementara sedangkan demand vs supply adalah perkara paling asas, bukan boosters.banyakkan belajar ilmu penyusuan.


ISTILAH_ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH.

*EBM - Expressed Breast Milk
*Fresh EBM - Susu yang diperah
* Cilled EBM - Susu yang diperah, disejukkan bahagian sejuk (bukan beku). Chilled EBM akan membentuk 2 lapisan , ia bukan basi.
*Frozen EBM - Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah



TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun
Nana baru je pindah rumah, so baru nak start simpan stok susu... peti ais pun baru beli. Tapi nana beli yang 2 pintu, untuk jangka masa lama la, boleh simpan susu agak lama.
Ni bahagian bawah, biasanya nana akan bagi pengasuh susu kat bawah ni untuk esok hari. so senang la, tak payah nak tunggu susu cair. ambil masa lama. lagipun qaira bukan jenis yang sabar. kalau dia lapar je, terus meraung nak susu.

JANGAN BUAT !! JANGAN BUAT !!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil ( kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk ). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebuh stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.




 Tapi semuanya bergantung pada kerajinan kita la. Insha allah susu kita akan bertambah....Dan tidak lupa, banyakkan berdoa dan berdoa. Semuanya datang dari DIA.

QAIRA AISHA :)

1 comment:

sara said...

susu ibu terbaik...