25/5/2013 - JUMAAT
12.30 pagi- tengah syok tido tiba-tiba sakit perot macam
segugut. Memulas dan mengeras. Datang selang 20 minit macam tu. Dalam hati ni,
ke dah nak beranak??? Masa tu over due dah 7 hari.
3.30 pagi – sakit menyerang.. memang selang 15 minit. Perot mengeras. Sakit belakang macam segugut.
Nana bangun ke tandas. Kot-kot la ada tanda nak bersalin. Tapi takde.
6.30 pagi- sakit teramat sangat dah. Nana ke tandas, tengok ada
darah pada panties. So sah dah nak
beranak. Nana cakap kat mak, dengan kakak and husband dah nak kene pergi
hospital. So breakfast dulu. Packing baju.
8.30 pagi- bersiap ke hospital. Mintak maaf dengan kakak, mak dan
ayah.
----- sampai hospital, cek jalan, buat prosedur biasa la..
then admit wad. Jalan baru bukak 2cm. Request wad 1st class tapi dah
penuh. So kene masuk 3rd class dulu. Subhanallah.... penuh yang
teramat sangat dalam wad... sampai kene duduk kat tepi-tepi... kebetulan
sebelah nana ada budak baru bersalin... sembang-sembang la dengan dia even
sakit datang.... bila sakit datang je, meringkuk atas katil... tak boleh nak
uat ape...
6.30 ptg- husband and mak datang..... mak cakap dia tak
balik, so duduk menunggu jugak kathospital sebab jalan nana pun dah bukak 2cm.
Bila sakit datang je, tuhan je yang tahu...
8.30 mlm- nana dapat tukar naik naik 2nd
class..... Alhamdulillah... lega sikit tak ramai orang.... tapi tak boleh nak
tido sebab sakit datang je rasa macam mengigil je badan. Mak dengan husband menunggu kat tingkat 2.
11.00 mlm – cakap dekat nurse dah tak tahan, then nurse cek
bukaan, baru 3cm... what??? Baru 3 cm??? Aku sakit macam nak mati dah. Nurse cakap pukul 3pagi cek bukaan lagi.
26/5/2013 - SABTU
2.30 pagi – cek bukaan- baru 5 cm.... nurse cakap nak
call labour room.. dah boleh turun... dalam hati ni lega la.. tapi nurse datang balik,
cakap labour room dah penuh, kene tunggu...
nana macam what????? Aku dah nak mati tahan sakit kot....
Bila sakit datang je, nana cepat-cepat berjalan... konon
boleh kurangkan sakit, tapi mak aii... sama je....subhanallah.... sakitnya... sampai mengigil nana tahan sakit..
5.30pagi- cek bukaan lagi... kene seluk kau.... dah 6 cm... so
nurse cakap dah boleh turun labour room.... tapi menunggu nak ke turun, tak
turun-turun jugak. Tangan duk pegang hp, msg husband...
( sempat lagi charge hp sebab bateri dah naj habis) masa tu tuhan je yang
tahu betapa sakitnya nak beranak... huwaaaa......
6.45 pagi- turun ke labour room... sebelum masuk labour
room, nurse panggil sapa waris nana. Mak dengan hubby datang dekat nana. mak pesan nak teran, jangan angkat bontot, rasa macam nak menangis je
aku.... mintak maaf dengan suami.. masa tu suami tak boleh nak masuk lagi dalam
labour room... masa di tolak ke labour room tu, seribu perasaan ada.. takut
gila... nak nangis pun ada... sampai je labour room, diorang pasang CTG, cek
bukaan, semua bagai... sakit tak yah cakap laa.... tak tahu dah berapa kali cek bukaan kau... setiap kali seluk, berdarah-darah... dah la nana ni ketuban darah....
4.00 ptg- di pendekkan cerita. Dalam labour room tu, aku tak
beranak-beranak lagi.. orang lain dah lama beranak dah. Masa tu bila datang contraction
je, macam nak mati je rasa.... sakittt..........tak tahu dah berapa lama nana duk dalam labour room ni. mujur la incik suami dah
dibenarkan masuk. terharu bila setiap kali datang contraction, suami urut, gosok badan ni... tapi actually takde kesan pun sebab sakit contraction tu lagi-lagi sakit.
5.30 ptg- doc cek bukaan, baru 5-6 cm... what???? Aku ingatkan
dah 8-9 cm ke.. incik suami dah
sedih-sedih tengok aku....huk3.....sekali datang sakit, nak menangis je rasa.. doc masukkan ubat cepatkan bukaan.. 2 kali doc cucuk ubat tahan sakit tapi serius nana cakap, takde kesan pun.
6.00 ptg- doc ckp dah 7 cm, tapi doc lagi sorang cakapdah 9
cm... mana satu betul pun aku tak tahu. Tapi aku dah rasa mcm nak teran berak,
bila cakap kat doc, doc cakap jangan teran lagi sebab baru 8 cm. Tapi aku cakap
dah tak tahan dah.... diorang pun datang, bersiap dan suruh nana teran... teran
sekali tak boleh.... doc gunting skit..oh btw, my suami tak habis-habis bagi
sokongan... sekali lagi push, Alhamdulillah... keluar la baby girl..... pukul
6.20 petang.... berat 3.56.... syukur Alhamdulillah....
-------------------- sambungan part 2------------------------
No comments:
Post a Comment