Assalamualaikum...
HaiKorang....
Nana baru je balik Dari Hospital Tanah Merah... Lawat anak sedara nana kat sana. Last 2 weeks dia di masukkan ke Hospital Kuala Krai kerana demam yang sangat teruk. Now dia masuk wad sebab alergik dengan ubat demam Yang dia makan dari Hospital Kuala Krai tu.
Di Hospital Kuala Krai - Demam Panas.
First kakak nana sent dekat nana gambar ADam, dia cakap mula-mula muka dia naik bintik macam gigitan nyamuk je. Tapi lama-lama makin besar bekas tu. Nana mulanya ingat takde la serius sangat, tapi bila makin hari makin teruk akibat alergik ubat tu, memang nana risau gila.
Bibir dia dah mula kering, merekah dan bedarah. Kulit dia pulak dah makin banyak naik bintik yang besar dan kering.
Muka dan satu badan dia dah makin teruk.
Adam dah tak boleh nak minum susu sebab mulut dia yang sakit. Siap bedarah-darah lagi akibat terlalu kering. Muka dia dah berkuping-kuping.
After 6 daysdia masuk wad, baru sempat hari ni kami datang melawat. Nana tak dapat nak melawat awal-awal sebab cuti tak diluluskan. Kesian adam. Bila tengok je kami datang, asyik nak dukung je. Dia dah boleh makan bubur dengan air kotak. Dia langsung tak nak minum susu.
Sama-sama kita doakan adam cepat sembuh ya.
No comments:
Post a Comment