Monday, October 29, 2012

Terima kasih Ya Allah di Atas Rezeki ini......


Assalamualaikum...

 Bismillahhirrahmannirrahim...

  Hai Korang....

Nana gagahkan diri untuk update belog tentang berita gembira. Actually nana memang tunggu masa yang sesuai untuk share di belog. Entry yang sangat panjang ok, sila gagahkan diri baca hingga habis. 

Bukan untuk berlagak atau apa, (subhanallah, nana memang takde niat macam tu). sekadar untuk berkongsi kegembiraan dan pengalaman dengan sesiapa yang membaca, dan kalau boleh mahu berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang dah bergelar ibu. Nana masih baru, masih nak belajar.

Actually nana dah start rasa badan tak sedap (masa ni tak tahu lagi yang nana pregnant), masa nana pergi majlis pertunangan adik ipar nana, aida. Masa ni memang rasa cepat sangat penat. pastu dengan sakit kepala, tak larat. semua la. tapi dalam hati nana, maybe penat buat persiapan ni kot. Then nana dah mula rasa macam tak nak "bersama" dengan suami. Alhamdulillah suami faham. Dia cakap maybe nana terlalu penat. 
Then balik dari semenyih, ke rumah mertua. kami sampai dulu di rumah. (waktu malam). Then nana rasa macam ada spotting ( warna brown). Dalam hati nana, agak sedih la. "aku dah period". then bagitahu suami, 
Suami cakap, maybe takde rezeki pregnant bulan ni. esoknya nana naik bas, balik ke kemaman. dalam hati dah pelik, kenape macam takde darah keluar. (biasanya kalau period hari kedua mesti banyak). Then tunggu lagi esoknya, (hari ke 3), still sama, period dah takde. So nana macam tak sedap hati la kan. 
esoknya, nana beli UPT di klinik sebab alang-alang dah ada di bandar nak beli  barang-barang persiapan untuk Jamuan Hari Raya Risda. Then sampai je office, terus je test. Then laju je naik 2 line. ish... nana dah macam cuak kan. First orang nana tunjuk UPT ni, kak sally sebab nana nak confirmkan kenape jadi 2 line 
( dalam hati macam tak percaya dah pregnant), then kak sally cakap dah confirm la ni. nana tak puas hati, terus beli 2 lagi UPT. Dip n tell dengan Clear blue.
Balik office, buat Dip n tell dulu, still naik 2 line. argh..... betul ke aku pregnant ni?????? still lagi tak percaya

 Dua UPT yang nana test kat office. 

Sampai rumah, tak sempat nak bukak tudung, terus pergi toilet, buat test UPT lagi. kali ni guna Clear Blue plak. Fusss.... Alhamdulillah..... Pregnant dan 4 weeks ( sebulan dah).
Ni semua UPT yang nana buat dalam satu hari.( tak termasuk 2 lagi dari klinik) hahaha. 


Hubby sent dekat whatsapp. terharu. ingatkan dia tak excited sebab bila cakap dekat dia yang nana pregnant, dia just cakap "alhamdulillah". tu je. rupanya dia tak nak tunjuk yang dia excited gila. hahaha.

4 Weeks Pregnant


Kebetulan nana balik kampung, so first scan nana di Klinik Wan Fazidah. Masa ni Nana dalam 4 weeks++. Almost 5 weeks la. Doc fazidah cakap nana ada Ovarian cyst. mulanya nana tak tahu apekebende tu. then dia terangkan kat nana yang cyst tu adalah sejenis ketumbuhan (cecair) yang ada dalam rahim wanita. kebanyakkan wanita memang ada ketika hamil dan insha allah akan mengecik bila baby besar. Tapi ada kes yang cyst tu membesar bila baby membesar. terkejut jugak la nana. nampak dot kecik (kantung baby).


6Weeks Pregnant

Nana pergi klinik untuk scan macam mana keadaan baby. Tapi dapat berita yang sangat tak best. Nana pergi Klinik Zainab ( tu je klinik doc nya perempuan). Doc Zainab cakap kantung baby je yang ada tapi status baby tak tahu macam mana., dan nana punya ovarian Cyst makin membesar. Dia suruh nana refer kat Hospital Besar (unit Kecemasan). Dalam hati nana " serius sangat ke keadaan nana sekrang??" dalam hati Tuhan je la yang tahu betapa sedihnya. nana menangis memang tak ingat dunia. Sedih sangat-sangat. ya allah... Banyaknya dugaan. Tapi dalam hati nekad tak nak pergi klinik ni lagi. Men "downkan" orang. bukan nak bagi kata-kata semangat pun. geram!!!

7 Weeks Pregnant

Bila dah 7 weeks, nana pergi scan lagi skali di Kampung. Klinik yang paling best sebab doc sangat memahami. Doc scan baby nana dah ada heatbeat. cyst nana still lagi besar dalam 5.3cm. tapi doc cakap banyakkan solat hajat. Insha allah boleh hilang cyst tu.

10 Weeks Pregnant
Alhamdulillah... ni lastest pic yang nana scan. Kebetulan balik dari KL last 2 weeks ( masa Piala Malaysia), kelantan lawan ATM. Nana ada bleeding bila balik dari KL, dan sakit pinggang yang amat sangat. Nana risau nak refer Government punya hospital, so nana pergi private clinic je. rupanya Uri nana sangat rendah. so nana tak di galakkan untuk travel jauh-jauh. Dan tak boleh nak terhentak terlalu kuat, sangat membahayakan kandungan nana. Alhamdulillah baby ok. Happy tengok baby dengan heartbeat dia. Sangat comel.. yang sangat best, cyst nana makin mengecut. dah 4 cm. alhamdulillah..... syukur sangat.

 Latest pic ( 2 hari lepas). Dah nampak baby bump even masih kecik.

Alhamdulillah nana dah 12 weeks ( 3 months). Doakan la semoga baby nana selamat dan membesar dengan sihat.

7 comments:

Anonymous said...

tahniah...

Anonymous said...

tahniah nana..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

take care dear ...happy for you ...jaga diri baik-baik o.k :)

♣DYA AL-AIEN♣ said...

dear Nana..
1st of all tahniah dear..
plis do take gud care of urself always..
jaga pemakanan, jaga pergerakan slalu..
seeloknya awal2 pregnant ni jgn tlalu byk jalan jauh, jgn angkat bnda berat2 ok..

Dya dlu penah kena cis.. masa tu umur Dya baru 17taun.. org laen sebok nk SPM dya sebok kluaq masuk ward.. sedih!
17taun masa tu lansung taktau apabenda pasal smua tu tba2 bila kena tahan kt ward doc trus decide nk buang ovari Dya belah kiri. naseb baek mama Dya tak setuju masa tu..
bertaun jugak ulang alik hosp kluaq masuk ward..
alhamdulillah cyst tu dah hilang dgn sendirinya..
1st detect doc operate buang ketumbuhan tu..
yg seterusnya bila sakit dya depends dgn ubt tahan sakit ja.. tp alhamdulillah now Dya rasa Dya dah ok.. n Dya baru je besalin.. baby baru 2bulan ++..
jgn tension sgt ok.. cyst tu akan hilang sendiri insyaAllah.. =)

Anonymous said...

tahniah... take care ok..

Nini Mohd said...

salam nana.
lama x singgah sini.
alhamdulillah, tahniah.
jaga diri ok. jgn lasak2. ;)

http://ninimohd.blogspot.com

Anonymous said...

Camana nak pkai upt tu erk? Yg biru celup dalam air kencing or yang tanda arrow tu... Hehehe masih baru n xpnh guna... :D