Assalamualaikum...
Hai Korang..
Actually nana baru je balik dari klinik setelah 2 jam menunggu turn... fuss... lama gilaa... kepala pun naik sakit dah. Then doktor scan perut sebab nana selalu sengugut, dan period selalu tak stabil. then bila scan, alangkah terkejut nye nana bila doktor cakap nana ada Cyst ni. Bila scan, nampak bulatan hitam yang agak besar.
Ovarian Cyst ni adalah:
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang
berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia
adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak
menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau
gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin
menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan
masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat
dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang
mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan
telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh
tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat
beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan
tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada
juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan
ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst:
Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan
telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang
paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum:
Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan
mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair
terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk.
Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh
menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah
(burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas:
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami
endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada
ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada
ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas:
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari
yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair
mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts:
Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi,
rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi
besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries:
Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi
matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini
akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian
cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin
sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya.
Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun,
sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih
cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia
pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia
terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat
ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang
ialah:
- Sakit perut
- Rasa perut penuh dan tak selesa
- Rasa berat pada ari-ari
- Sukar atau kerap kencing
- Sakit semasa hubungan seks
- Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa
Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan
pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat
dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga
boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst
tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi
kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada
keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu
proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami
endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah
ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst
itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang
biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau
samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang
mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik.
Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada
sesetengah wanita.
So nana dalam tempoh pemerhatian la. Maybe cyst ni akan besar dan maybe tidak. Doakan nana semoga semuanya ok ya. sangat risau
3 comments:
ai nana..after bce u pnya entry rse risau lak sbb most of d simptom tu sy alami..risau pon ade..
ai nana..after bce u pnye entry nie risau lak sbb most of d simptom sy alami..
Very good post. I'm facing some of these issues as well..
my web blog; Ovarian Cyst Miracle Scam
Post a Comment