Wednesday, April 25, 2012

Gelora Hati isteri Mingguan..

Assalamualaikum...

Hi Korang...
 
 Topik Utama di Harian Metro

Korang pernah dengar tentang suami hujung minggu (weekend husband) atau isteri hujung minggu (weekend wife)? Maksudnya ialah suami atau isteri yang cuma bertemu pada hujung minggu. Kalau hari-hari biasa tu, akan jadi bujang olok-olok la. Itu yang di alami ramai pasangan sekarang dan termasuk nana la.Tapi seram juga bila baca topik dalam paper tu. sampai ada yang 'makan luar'.
nauzubillah.
 Sebagian dari isu dalam Harian Metro

Itu la situasi yang dialami nana sekarang. Isteri mingguan. isteri pada hujung minggu je. dalam sebulan, kami akan jumpa sekali atau dua kali je, bergantung pada keadaan. 

Nana di terengganu dan suami di KL. Nana kerja kerajaan tapi suami kene swasta, shif. jadi tak semestinya dia akan cuti pada hari minggu. lagipun terengganu cuti Jumaat dan sabtu. Kl pula cuti pada hari sabtu dan ahad. 
Kadang-kadang sedih tu pun ada la. kalau nana datang ke KL, nana terpaksa menumpang di rumah mertua. Segan pun ada. Bukan tak de niat nak cari rumah lagi, tapi bila fikir balik, kalau suami duduk rumah sewa sorang-sorang, siapa nak uruskan makan minum dia. mana nak kemas rumah, basuh baju. so nana fikir, better dia tinggal bersama mertua dulu. at least ada yang menjaga makan minum dia.  bila nana dapat tukar ke Kl nanti, baru kami akan cari rumah. Rumah yang mak nana hadiahkan terlalu jauh dengan tempat kerja. Semenyih dengan ampang. jauh tu. tak sanggup la nak meredah jam. better nana cari rumah sewa area ampang. Rumah di semenyih tu better buat sewa je. 
Tapi yang paling mencabar bila duk jauh-jauh ni adalah bila nak ke KL. nana ni memang takut nak drive sorang-sorang. so nana prefer naik bas je la. nak naik bas tu, terpaksa menyusahkan kawan-kawan hantar ke stesen bas, nak pick up pulak dari stesen bas. then nak naik bas, terpaksa curi-curi balik awal. ye la, nak mintak kebenaran bos, bos garang. kan ada yang kene buang kerja. Bas yang paling last pukul 3.30 petang. tapi maklum la kalau naik bas last ni, penuh, seat pulak, lain yang kita beli, lain yang kita dapat. kadang-kadang seat rosak. 5jam kene mengadap semua tu. memang sedih. 

kalau nak fikirkan letih tu, memang sangat letih la. tapi bila fikirkan untuk jumpa cinta hati ni, terus hilang je perasaan letih ni. pendam je semua tu
sedih tu ada bila kadang-kadang terfikir tinggal sorang-sorang. sorang di sana, sorang disini. nak pergi pasar pun sorang-sorang. semua buat sorang-sorang. tapi semua tu dugaan la. lumrah perempuan, nak dimanja, dibelai, disayangi. 

alhamdulillah... walaupun banyak dugaan, dengqn teknologi sekarang, ada facebook, twitter, skype.. semua tu boleh la hilangkan rindu. kadang-kadang tengok video lama-lama, boleh mengalir jugak la air mata. rindu punya pasal. tapi dalam hati nana, semua tu dugaan. dugaan yang memaniskan lagi hubungan cinta kami. 

p/s: tak sabar, suami nak datang minggu ni... weeee...

5 comments:

asha said...

:) aah asha pon ader gak baca pasal ni.minta di jauhkan buat kita yang berpjj nih kan.nana pulak isteri/suami mingguan,asha pulak isteri/suami bulanan.husband asha polis (putrajaya) n asha pula lect kt ipts (swk) so makan bblan gak baru leh jumpa suami. tapi tak per situasi ini yang mengajar kita erti kesabaran :)

cha said...

kesian u. i harap u dpt duduk dgn husband u one day. sabar ye u

chenta nana said...

asha @ ya allah... asha lagi banyak dugaan. sarawak.. jauh tu... nana jauh pun 5 jam je.... tu la asha... banyak kene sabar dalam situasi kita macam ni.

cha@ tq babe..... aminn

Anonymous said...

My accomplice and I really loved reading this weblog post, I was just itching to know do you commerce featured posts? I'm always trying to find somebody to make trades with and merely thought I might ask.
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Anonymous said...

I do not know if it’s just me or if everybody else encountering issues with your site. It seems like some of the text in your content are running off the screen. Can someone else please provide feedback and let me know if this is happening to them as well? This might be a problem with my browser because I’ve had this happen previously. Cheers