Assalamualaikum...
Hi korang....
Hari ni nana nak cerita pasal Facebook...... sebut je facebook..... nana rasa semua orang tahu..... budak 2 tahun pun pandai sebut facebook.... Budak 5 tahun pun pun dah terer main facebook... Nana tak cakap orang lain, anak sedara nana sendiri yang umur 4 tahun dah pandai facebook bagai ni ha...
Pendek kata, sekarang ni memang semua facebook la.... Nak cari kawan hilang, nak jual produk, nak bercinta, nak mengatal, nak jadi pisau cukur.. macam-macam lagi la...
Rasanya budak umur 2 tahun pun tahu icon ni kan...?
Sekarang ramai yang mencari jodoh kat facebook ni..... dari orang biasa sampai la artis-artis. Antara artis yang bercinta dari facebook ni, zed zaidi, noraniza idris, Chenta nana... eh.... yang ni bukan.... jauh langit dari bumi nak jadi artis dik nong.... Muka pun macam rumah... ada ati nak jadi artis,, auwww..
Yang bercinta tu, bagus la... ada yang sampai becerai berai, putus cinta, putus tunang kerana penangan facebook ni haa... Kalau tak, takkan sampai ada lagi cinta muka buku la, semua pasal facebook bagai ni kan...
Orang Kata facebook dah macam Dadah dah...
tak bukak facebook satu hari memang tak sah...
Bab Kata Omputih " Facebook is a drug"
Kalau dadah cam gini, aman la dunia ni haa... tak de makne nak ada HIV bagai, pastu sape-sape nak yang kawen, tak payah susah2 nak g test HIV, ye la.. tak de share-share jarum bagai....
"Menurut kajian yang dijalankan oleh Oxygen Media,
ketagihan facebook lebih mudah berlaku pada wanita dan dalam masa yang
sama ia tidak menafikan keterlibatan lelaki dalam hal ini. Kajian
terhadap 1605 pengguna Facebook yang berumur diantara 18 ke 54 tahun di
barat mendapati 39% daripada mereka mengaku ketagihan facebook. Dalam
lingkungan usia 18 hingga 34 tahun pula, 34% responden membuka facebook
sebelum memberus gigi manakala 26% sanggup bangun pada tengah malam
untuk membaca mesej di dalam akaun facebooknya. 57% daripada responden
pula berasa lebih selesa bersosial menerusi laman sosial ini berbanding
bertentang mata. "
pastu wujud pulak ubat nak atasi ketagihan facebook ni haaa...
Tahap awal - kapsul..... (kanak-kanak pun boleh makan) :p
Tahap kedua - pil
Yang Tahap ketiga - kene cucuk dah... ( yang ni yang kronik,, makan ubat pun dah tak jalan)
Sebenarnya... tak salah nak ketagih facebook ni... ada baiknya ada facebook.....Boleh buat bisnes, jumpa kawan-kawan lama, nak sebarkan dan kembangkan agama kita, macam-macam lagi la. Apa yang penting niat kita... nak ke arah baik kah??? atau nak ke arah buruk kah??? tepuk dada tanya selera.......
3 comments:
ubat2 tu mcm real la plak kan, thehehe,,,
yer betul tuh tepuk dada tanya selera.
masing2 blh berfikir mana ygbaik dan mana yg buruk.
sekarang nih FB pun dah disalah gunakan.
mcm santau, penipuan, curang, eh mcm2 lah kan ;)
apa pun sendiri yg decide kan dear.
fesbuk... adik aku yg form1 pom daa ada.. tak macam aku.. masa umur 19 baru ada...
Post a Comment