Anda bertudung??? sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? kelimumur? berminyak? semua boleh sorok bila bertudung.
Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya
begitu. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang, dipijak dan dicampak jauh-jauh. apekehel fikir macam tu??
even kita bertudung, kita mesti la jaga rambut kita sama atau kurang sikit tu boleh la dari orang yang tak bertudung....
(takkan hari-hari nak blow rambut kan...)
(takkan hari-hari nak blow rambut kan...)
Korang pernah dengar tak istilah rambut ni mahkota wanita?? maksudnya tu... korang kene jaga rambut tu sebaiknya..... amboi, kalau bab muka tahu je nak beli toner lah, pelembab lah, ni la... kalau bab rambut ala kadar je ek...
bila anda tau anda cantik di dalam,
pastinya anda akan membawa diri anda dengan lebih keyakinan.
memang tak dinafikan la, nak jaga rambut yang bertudung litup ni memang susah la....rambut dan kulit kepala yang betutup setiap hari boleh menyebabkan kerosakan pada rambut kalau salah cara penjagaannya la...
Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah
1) Berkelimumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah
Saya boleh katakan majoriti akan mengalami lebih dari satu masalah yang saya sebutkan di atas.
Apa yang perlu anda lakukan?
1)Tidak Perlu Cuci rambut setiap hari
Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh. tetapi.... ada tetapi ni...
Sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari.
kang datang kerja, bau pelik pulak kan...
bagi yang perlu
syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit
kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu,
pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit
kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi. pastikan nak cuci rambut tu, selepas balik kerja la kan.
ELAKKAN BUNGKUS RAMBUT DENGAN TUALA
ELAKKAN BUNGKUS RAMBUT DENGAN TUALA
2) Pilih tudung yang sesuai
Bagi wanita yang bekerja seperti saya, kita bekerja selama 8 jam. Jadi, selama 8 jam tu duk balut ke kepala dengan tudung kan. Pemilihan tudung dari fabrik yang sesuai sangat penting la. Pilih tudung dari jenis kain yang selesa dan yang boleh memudahkan aliran udara ke kepala korang. Sekarang banyak trend yang pakai tudung yang tebal-tebal, yang berlapis-lapis, korang boleh aplikasikan tapi jangan pakai melebihi 4 lapisan, kerana semakin tebal tudung korang, semakin susah rambut nak bernafas. (kan dah keluar hipotesis sains )
3) Elakkan dari mengikat rambut Basah
Ini adalah punca utama yang menyebabkan rambut berbuah.sikap malas untuk mengeringkan rambut ini bukan sahaja menyebabkan rambut berbuah, tetapi juga contribute kepada rambut yang busuk. mesti korang dapat bayangkan camne bau rambut busuk kan.. kan...
dan
kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar
bahawa rambut mereka berbau kerana mereka sudah immune.
Sekiranya anda tidak
mempunyai masa untuk mengeringkan rambut, jangan basuh rambut di waktu
pagi sebelum pergi kerja, basuh sahaja di waktu malam....kan senang..
4) Gunakan Syampoo yang betul
Kadang-kadang kita ni pergi pasaraya, main belasah je ambil syampoo. Ko rambut gugur, pergi ambil syampoo rambut berminyak. ko yang rambut berminyak, pergi beli syampoo untuk rambut kering. So, sangat salah ok... patikan korang dan nana juga( kesedaran pada diri sendiri) peka dalam membeli satu-satu syampoo ni lah... Dan jika satu jenama tu, korang nampak macam tak ngam je dengan rambut korang kan, cuba la cari produk yang betul-betul sesuai.Jika korang sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya.
Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan
sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya
sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan korang
mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga
menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.
5) Rawatan Rambut
masalah orang bertudung/berhelmet/bertopi adalah pengumpulan bakteria
di kulit kepala.
bakteria ini akan menyebabkan kebanyakan masalah yang
ada. rajin-rajinkan lah diri ke salun untuk membuat scalp treatment. kalau
ada masa, sebulan sekali, kalau bz, dua bulan sekali pon tak apa...
tidak semestinya jika kita ni bertudung, kita tidak boleh nak manja-manjakan diri kat salun kan....
Tips lain:
1) Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah
melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke
hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.
Jangan gosok rambut anda dengan kasar
2) Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung,
letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih
berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas
dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu
yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
3) Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan
elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan
akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
4) Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
5) Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan
limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh
rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik
jika ia ada campuran limau purut sekali.
6) Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan
setiap hari.
Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
7) Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia
sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia
menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang
berlebihan.
8) Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah
kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut,
gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang
rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih
lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih
mudah rosak.
9) Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergerigi jarang.
(sumber dari website launge hair studio)
p/s: kalau nak beli tudung, boleh singgah, jenguk kat shop online kawan-kawan saya, Yana Petisuara, Riqa syurgascarf, ami shanaz.... search je diorang kat google, insyaalah jumpa la tu...
p/s: kalau nak beli tudung, boleh singgah, jenguk kat shop online kawan-kawan saya, Yana Petisuara, Riqa syurgascarf, ami shanaz.... search je diorang kat google, insyaalah jumpa la tu...
12 comments:
hmm ada petua lebatkan rambut x?
tips yang berguna..tq sis nana :))
ouh....bagus tips ni...heee....even dah pakai tudung..rambut kene jaga juga kan sis..
<3,
susuegoodday
thanks bgi petua yang bernas :)
thanx 4 the info!! btw, u tau tak kat mana salun yg provide servis untuk wanita shj atau salun yg ada vip room, area kl.. sy dah lama nk buat treatment rmbut tapi tak tau kat mana salun yg sesuai untuk yang berhijab. :)
boleh try ni.. rambut saya senang berminyak.. huhu
good info!
bagaimana nak atasi kulit kepala berbau? rambut wangi dah.. tp kulit kepala yg busuk. tak faham betul.
mcm ne cara nak hilangkan kulit kepala berbau busuk?? rambut dah wangi dah tp kulit kepala sgt busuk. tak fhm betul :(
Tips yg menarik! thanks sis! harap-harap admin rajin2 la share tips2 kecantikan & kesihatan ye.. seronok baca :)
by the way untuk masalah rambut berbau ni saya ada pernah try IHB Rose Hair Perfume. ada jumpa kat facebook page
best gak bau dia n tahan lama. just to share :)
Sye pernah mengalami masalah tersebut.. Cube syampoo rambut smbil urut kulit kepala dan biarkan dlm 5 minit dan bilas
Wah artikelnya keren..
cuma lebih keren lagi klo di tambah gambar step2nya saat mencuci untuk pembacanya dalam memahami isi artikel, ..Sambil baca artikel ini, mau tanya untuk tren kaos kaki muslimah saat ini seperti apa ya...
moha makin bagus lg artikelnya ...
Post a Comment