Wednesday, January 12, 2011

What's Hot is Gettin Hotter- my Dream Wedding

Assalamualaikum... actually agak cuak dan mengeletar jugak satu badan ni nak menaip dan update blog kali ni.... serius... Nana bukan Penulis Blog yang bagus, bukan seorang yang pandai untuk berpuitis tapi nana akan cuba yang terbaik. ok.... Nana sebenarnya masuk satu contest anjuran CST production dan Datin Lynda Rahim. Nana bersemangat nak join bila nana tengok dua nama besar ni nak sponsor wedding kepada pemenang contest ni dan kebetulan tahun ni nana akan mendirikan masjid.. cewah... ayat skema kan... nana akan berkahwin pada 10.12.2011... Subhanallah..... dalam hati ni, mintak la nana menang.... insyaallah jika ada rezeki la kan... ok, mari nana share topik dan hadiahnya.

Topik:

1) My Dreams "Wedding
2) My Dreams "Love Story

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )
- 1 set wedding Dress Bride &Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

So, Nana dan incik tunang memilih- (Vintage Concept)


Setiap pasangan mahukan yang terbaik untuk pasangan mereka. Jadi, jika impian kami jadi kenyataan, nana memilih vintage concept yang mana majlis akan dilangsungkan di salah sebuah dewan di kawasan Ampang. 

Pelamin:

Sumber : Ann Nurul Huda (pengantin) dan Shah (photog)

 Ini antara pelamin yang sangat-sangat buat nana teruja. memang 100% wedding dream nana... dimana pelamin nya sangat unik dan decoration nya terlalu perfect.

Busana Pengantin:
Ok, kalau busana pengantin, nana memang suka gaya Dato' Siti Nurhaliza. Coz alhamdulillah nana dah bertudung, so nana memilih dress yang sopan dan serius nana sangat-sangat suka style dia. cair hati ni tengok baju-baju dia.

Sumber : Hatta Domat

Serius baju ni pun tersangat cantik......tapi jika nana menang contest ni, nana rasa nana akan serahkan pada Datin Lynda kerana beliau lebih arif dan tahu mana yang terbaik  :)

Tempat:
Actually dan incik tunang dah booked dewan di Ampang, so nana terpaksa hiaskan dewan ni semampu yang boleh. Before nana post gambar ni, nana mintak izin dari ANN coz publish gambar tanpa kenaran ni bahaya dik nong.... alhamdulillah, ann beri kebenaran untuk publish gambar-gambar ni.... serius nana sangat-sangat suka dengan konsep wedding ann ni... 
 Suasana Pelamin
 Suasana Dewan



Dewan yang penuh dengan suasana yang sangat-sangat old-school ok.... Tempat untuk shoot gambar pun banyak dalam ni...nana sangat-sangat suka....

Dan tak lupa nana nak sediakan tempat ucapan yang mana nana panggil *pokok cita-cita*. Semua tetamu boleh tulis sebarang ucapan pada kertas dan gantungkan pada pokok cita-cita ni.. wah... very da berangan okiey... :p
Sumber: Chenta Wedding

Cake :

Ni semua deco untuk cake dan semua manisan..... sangat cantik..... nak macam ni..........nana memang suka pada coklat dan cake... dan kalau boleh wedding nana nanti nak sediakan cake yang colouful coz nana suka sangat warna yang ceria-ceria ni macam rainbow... wah....sangat meletoppp uolsss...

DoorGift:

Untuk  door gift pulak nana prefer coklat la coz nana ni hantu coklat..dan sangat-sangat addict pada coklat. so nana akan bagi chocolate bar  cuma packaging je yang lain, ada nama nana dan incik tunang... contohnya CHENTA NANA & HALMUS RIHZAN :D
Invitation Card :
 
ni pulak kad jemputan nana..... dah tema vintage kan, so semua kene ala-ala oldskol la kan..... even simple tapi sangat comel....

Tetamu:

Oleh kerana dulu nana seorang jurugambar (skema ayat nana ni), so, nana takkan lupa kawan-kawan yang banyak mengajar nana erti DSLR ni...
 geng photographer

Nana takkan lupa pada rakan-rakan photographer semua, kerana mereka semua, karya nana dihargai di kosmo. alhamdulillah...

Paper Kosmo....

nana juga takkan lupa ialah dua idola nana dalam fotografi :

 Chot Touch
kuku besi 

Palinggggg tak lupa rakan-rakan baru nana.... love korang......
 Scarflets

hopefully diorang akan menyanyi dan menari lagu *NOBODY* dari Wonder girls... hahahaha.....Maria and ami... korang vocalist ok..

dan semestinya rakan-rakan blogger yang banyak support nana, bagi nana nasihat. kerana blog dah menjadi sebahagian dari life nana. almost 5 tahun nana menulis blog ni, semua suka duka nana coretkan dalam blog nana yang sangat tak popular ni...... so, nana nak hargai para pembaca even tak ramai followers nana *alamak.. ku sangat perasan*. Korang nak datang tak wedding nana??????

Inilah wedding dream nana yang akan berlangsung pada 10 Disember 2011.
Hope nana akan menang contest ni dan dapat tajaan perkahwinan dari Cst production dan Datin Lynda Rahim. nana sangat -sangat berharap impian nana ni menjadi realiti kerana memang mustahil untuk nana merealisasikan impian ini.

Tajaan:



Ni gambar nana dengan krew Cst, En. Rosli.... :D
Nana dan geng Cst :) 

Nana harap jika ada rezeki, nana akan menang contest ni dan impian nana dengan incik tunang akan tercapai even nana rasa agak sukar la kan.. 70 peratus undian dari pembaca dan 30 peratus dari Datin Lynda dan Cst Production... I just try my best... Doakan nana ya kawan-kawan (aminn ) 

 ...Doakan Kami.....

15 comments:

Maria Elena Zarul said...

insyallah wedding nana will not only be beautiful, but filled with joy and happiness, for it is a day to be celebrated.

a beginning of a new chapter =)
we'll always support u! and i akan nyanyi kalau u nyanyi gak!! hahaha!!
love u nana!!!

luvia said...

gud luck:)

Anonymous said...

lyna: omg cantiknyeeee.. vintage is a gud choice, nana. lyna doa moga nana menang tuk 'dream wedding' nana nie.:) wish u n shah all the best. luv ya nana.:)

Lana Julana said...

nana!! nana tak jemput lana ke?? kalau tak jemput lana how am i suppose to capture your wedding day?? aduhhhhh!! ngeeeeeee!! oh btway, tu gambar "nana and geng sct" tu, bila pulak lana ni geng cst?? and en rosli tu bukan crew, he' s the owner.. jgn salah yang oi, kene potong markah nanti, terus tak dapat tajaan..

petisuara said...

omg nana!harap sgt yana akan ade kt kl time 2..boleh pg..yana tau mesti gempak gilalah wedding nana nanti..ok mcm nak sepak asyik sebut yana nana yana nana,nnti ktrg buat persembahan la time nana kawen!huhu

chenta nana said...

maria @ terharu sangat babe bila baca komen u... tenkiu syg..... *hugs*

luvia @ tenkiu babe..

lyna@ tenkiu cyg..... syg lyna...

lana@ u kan cik photog kami..... kami dah invite lana lama dah.... hhehehe... cayunk lana...

yana@ kami buat simple je yunk... tapi korang kene dtg n nyanyi jugak... lalala

Leena said...

hopefully u get what u want =)

loLaa_nurafizza said...

wish u gud luck dear..

Amelia said...

Good Luck. Do vote/visit for me.
http://mynameisamelia.blogspot.com/2011/01/my-dreams-love-story.html

thank you. :)

MR.Nizae&Mrs.Nizae said...

gud luck nana...srnk bc entry kamo..smga bhgia er..bile majlis nyer??smga berjaya...jenguk2 la blog sy yer...http://wujudsayangterciptacintalahirrindu.blogspot.com/

Elya Roza said...

goodluckkk! konsep vintage sgt fresh kann

e F a said...

gud luck to u nana....

verstylista said...

nana,i luv ur pokok cita2 tu!hehe can u suggest where i can tempah kad2 ucapan tu?wat is it called anyway..kat kedai kad kawen tu..rase2nye ade ke?hope u can replyy!

dhea osman said...

Dear nana,

yang dewan kt Ampang tu dewan ape ye?
and Ampang celah mana? :)

chenta nana said...

mobile spa@ yunk... DIY jek... jimat sket... kalau nak tempah, boleh tempah kat chenta wedding.

dhea@ dewan risda la yunk.... ampang tu...