Tuesday, October 6, 2015

Cara Penyediaan Puri Bayi dan Penyimpanan

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari ni nana nak share "something" yang kiranya berguna la untuk para ibu yang ada baby macam aku ni haa... Dhia dah masuk umur 6 bulan lebih. So masa untuk ber-puri.

Bila dah masuk  6 bulan dan ke atas, bayi dah boleh makan solid food. Tapi susu ibu still lagi kene teruskan tau... teruskan sampai la bayi kita umur 2 tahun...  Insha allah.

Ok jom, kita buat puri.
First, kita kupas kulit , tak kisah la nak guna buah apa, epal ke, pear ke.. tapi yang pasti kene kupas dulu kulit dia dan potong kecik-kecik.
Then rebus or kukus buah tu. Lagi elok kalau kukus buah tu. Aku kalau rajin, kukus la, kalau buat hari malas, aku belasah je rebus. Muahaha.
Biar agak-agak buah tu dah lembut la...

Then bila dah lembut, kita blend kan dia.... tak payah tambah air sebab buah tu lepas rebus, memang dah lembut. Aku ni klasik sikit, so aku takde la guna food processor tu, aku guna blender biasa je dik. Maklum la jimat kos.
Bila dah siap kisar, letakkan dalam bekas kecik-kecil yang bertutup. kenape kena bertutup??? sebab tak nak buah tu serap bau-bau ayam atau ikan atau semua bau la dalam peti ais nanti. so better kita guna bekas yang bertutup.
Biarkan sejuk dulu.
So bila dah sejuk, masukkan puri dalam tempat beku, freezer. Macm ni....


Puri yang telah dibekukan ni boleh tahan selama 3 bulan. (macam susu juga)

 Then esoknya, bila puri kita dah betul-betul beku, keluarkan puri dari bekas.


masukkan dalam plastik kedap bau. Contohnya macam ni la..

jangan lupa labelkan puri apa dan tarikhnya. sama macam kita labelkan EBM kita.
Tadaa.. macam ni...
Then Simpan dalam tempat beku semula. Bila kita nak gunakan puri tu contonya esok, kelurkan puri malamnya dan letak di tempat peti bawah (Chilled). Jadi esoknya puri tu dah cair dan boleh terus guna. Seeloknya panaskan sekejap (suam-suam). takkan nak bagi bayi makan sejuk-sejuk.

So tak ada alasan la kita tak nak bagi anak kita makan. Tak ada alasan kita nak bagi anak kita makan makanan yang tak septutnya dia makan. Sesetengah ibu kan, main bagi je, main sumbat je makanan masuk mulut bayi. Biskut lah, roti la... kita kene ingat, bayi umur 6 bulan, tak boleh MAKAN MAKANAN PEPEJAL LAGI!!!!! Perut bayi sangat sensitif tau.


*Qaira masa umur 6 bulan*  eh.. ade spentok daddy la...  hahaha

Dhia di usia 6 bulan.

SELAMAT MENCUBA YA...

XOXOXO

2 comments:

suhailah hamid said...

good job nana!
buah tu instead rebus, stim lg better supaya khasiat dia x banyak yg hilang.
apa apa pun semoga nana terus istiqamah menyediakan makanan terbaik pada anak nana ;)

Anonymous said...

Please let me know if you're looking for a article author
for your blog. You have some really good articles and I believe I would be a
good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd absolutely love to write some articles
for your blog in exchange for a link back to mine. Please send me an email if interested.
Many thanks!

My web page: how to hack farm & castle