Thursday, June 6, 2013

Pengalaman Bersalin - Part 2

Assalamualaikum.....

Hai Korang...

Sambungan dari  Part 1  pengalaman bersalin..... 

After dah siap melahirkan Qaira, perkara yang scary datang lagi, part jahir menjahit la plak kan... disebabkan nana banyak koyak dan kene gunting, so banyak la kene jahit. Dan doc yang buat tu adalah doc lelaki yang muda... fuss... memang la dia ada bius, tapi sakitnya, subhanallah.... nana sampai gigit tuala kecik sebab tahan sakit.....
lepas settle jahit, nurse tolak untuk rehat kat tepi labour room.... masa tu nana dah mamai.. maybe kesan ubat tahan sakit yang dia cucuk kat bontot dua kali tu.... then doc panggil nak cek jahitan.. masa tu nana dah cuak... buat ape nak cek jahitan lagi... sudahnya, doc cakap dia salah jahit.... aduyai...... terpaksa bukak balik jahitan, dan jahit balik.... sakit tuhan saje yang tahu..... meraung-raung nana.... sakitnya ya allah.....
after settle jahit tu, nana diberitahu yang nana dapat tukar wad 1st class... alhamdulillah.....
masa nana ditolak ke wad, nana betul-bbetul tak larat... nak bangun untuk makan pun tak larat... mujur incik suami ada, suapkan roti dan air... kesian incik suami... 2 hari berkampung di hospital, tak balik.. menunggu nana bersalin... oh lupa nak cakap, my baby kene admit dekat wad.... sebab bernafas laju... nana ditolak ke wad dalam pukul 10.30 malam la... ( sempat bukak intsgram dan baca whatsapp )
disebabkan terlalu penat dan mengantuk, tak sempat nak explore view keadaan wad tu... yang dalam kepala otak, nak rest je.... lepas je incik suami balik, nana pun krohhhh..kroh... sampai laa pagi.... 

-----------------------------------------------------------------------------------
27/5/2013 - Ahad

Nurse datang kejutkan suruh bangun tukar pad dan baju semua.... mula-mula bangun, nana rasa macam nak pitam... ya allah... pening je kepala ni.. maybe banyak kehilangan darah... dah settle tukar semua ( dengan bantuan nurse), adik nana call, nak datang wad sebelum balik kedah, nak jumpa qaira....
Sempat jamah breakfast *tapi tak mandi lagi..muahahahah*, sementara tunggu adik datang, nana sempat la borak dengan budak katil sebelah... wad ni ada 4 orang sebilik... sangat selesa... tapi semua masih tunggu turn nak beranak sebab ceaser....
Lepas mandi, adik nana datang, so terus ke wad kanak-kanak, jumpa qaira..... baru la dapat tengok muka anak ku yang ku kandung selama 41 minggu.... 


Ku dan adikku sebelum dia balik ke Kedah.... tq adik.....

Lepas je adik nana balik, doc cakap nana dan baby dah boleh discharge, alhamdulillah... memang best bila dapat balik rumah..... 


Qaira Aisha - Day 2....

2 comments:

sarah zulk said...

TAHNIAH.. =) ur baby so cute

Epa Zarifa said...

Kite pun kne sama dgn awak. Dh jahit pastu buka balik sbb ada darah beku. Boleh baca pengalaman sy kt blog http://epagroove.blogspot.com