Wednesday, September 11, 2013

Kerja tempat baru, OK ke KO???

Assalamualaikum...

hai Korang...

baru ada kesempatan nak update tentang tempat baru ni... Actually dah seminggu lebih nana kerja di tempat baru. Risda ampang. Alhamdulillah dekat dengan rumah sewa nana, Keramat... tak sampai 15 minit pun dari rumah ke Office. tu yang syok. pengasuh pulak, pun duduk di keramat.

Mula-mula masuk kerja, ada jamuan raya di office. alhamdulillah.. so tak payah nak fikir dengan siapa nak keluar makan ke, nak pergi solat ke... biasa la kan, tempat baru.. so semua nak kene berteman.. oh sebelum nana lupa, minggu pertama ke pejabat, laki ku yang hantar... bising jugak la dia suruh aku belajar drive area KL... haih... memang tak la kan nak drive...
dengan Pengarah bahagian Dasar & Perancangan. 
Ni jamuan di bahagian aku.. Bahagian Perancangan...

Haa.. ni la meja aku.. tapi sedih sikit la sebab komputer zaman agogo dulu.. desktop bapak besar. baling anjing, anjing mati... huwaaa... tapi pasrah la kan... biasa la mula-mula tempat baru...
Orang kat sini cakap, kalau duduk kat Risda hq ni, memang tak kan lapar la sebab asyik makan free je... lepas jamuan raya bahagian, ada lagi jamuan raya anjuran Ketua Pengarah.

Ni budak office nana. kak maria & shera
ni bini Ketua Pengarah tengah bahagikan duit raya. RM10 sorang... hahaha... 

Actually bahagian nana tak ramai la. dalam 31 orang termasuk pengarah. dan nana bahagian kewangan. agak pening dan stress la bila kita duk bahagian kewangan ni... semua nak cepat je....!!
Dengan budak office, kak nora.
teka kat mana aku berada?? cewah.. kat office ni ada kerusi urut.. so siapa-siapa yang agak-agak sakit belakang akibat dari pakai high heels kat office ke, pikul fail yang berlambak-lambak ke, boleh la berurut kat sini. tapi bagi aku yang lemak tak berapa nak banyak ni, sakit suka la berurut guna kerusi urut ni... 
ni la view meja kerja aku... kat bawah meja boleh nampak pam susu aku.. haha.. aku pam susu kat meja je.. ni gara-gara bos aku bising, aku asyik hilang je.. padahal aku pam susu je kat bilik fail.. dia cari aku tak jumpa,so bising la dia. dah la kat office aku pam susu 3 kali sehari. so aku pam kat meja je senang. pakai sweater tebal lagi besar, pastu pakai selendang panjang... terus tak nampak..
Ni pose untuk korang yang merindui gambar aku.. cewah.. sila muntah ok.. hahaha... ni gambar fresh ok.. lepas snap, (paksa budak office) then terus upload...

Actually banyak bezanya kerja di tempat lama ku dengan tempat baru... Tempat lama aku memang la best dengan kawan-kawan.. tapi after aku bersalin, tempat lama aku dah tak best macam dulu-dulu.. ye la, aku dah kerja kat sana dah agak lama. 4 tahun ok.. macam-macam suka duka aku aku kat sana. bertukar-tukar bos. kalau bab kawan, ada yang best, ada yang tak. tapi kalau bab bos... urm.. so-so je la... aku pernah kot kena sumpah seranah dengan bos aku. bahlol, bodoh, berlagak pandai.. tapi aku telan je semua tu.. sebab aku fikir, aku cari rezeki tempat orang... tapi alhamdulillah.. lama-lama aku dah biasa dengan benda-benda semua tu... bagi aku, tu semua dugaan...
So bila aku masuk tempat baru, memang lain... kakak-kakak, mak cik-mak cik kat sini, bos-bos semua ok... tak de yang berlagak, tak de yang maki, sumpah seranah... memang aku suka gila dengan tempat baru aku sekarang ni... aku bersyukur sangat.. tapi tak bermakna aku tak suka tempat lama aku.. tempat lama aku pun best tapi banyak kenangan pahit aku kat sana.. so aku bukak buku baru, tutup buku lama la.. 


p/s; toilet takde air la sekarang.. nak buang hajat pun payah laa..

4 comments:

han... said...

sama la kita. berpindah di tempat baru juga.. naik pangkat lagi.. hehe

Nini Mohd said...

alhamdulillah..nasib baik la tempat baru ni ok.
tp bab kena sesuaikan diri tu yg x suka kalau pindah tempat keje baru.
camane la kalau 1 hari pun i kena pindah tempat keje lain ek. =.=

http://ninimohd.blogspot.com

cha said...

alhamdulillah rezeki you dapat tukar tempat kerja dekat dgn husband kan. enjouy your new workplace ye :D

Anonymous said...

Adakah bekerja di RISDA Estate sama dengan kerja di RISDA HQ? Ade imbuhan dan pencen ke?