Monday, April 25, 2016

Tempat Menarik di Bukit Fraser

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Sambungan cerita di Bukit Fraser... Entry kali ni aku nak ceritakan lebih mendalam.. cewah... Tentang Bukit Fraser ni....

Pagi-pagi jam 7 pagi, aku dah gerak mendakit bukit di PLATIH. Memang jalan dia, perghh... menguji ketahanan.. Lagi dasyat dari Sg Chiling.
Menunggu turn untuk turun bukit yang 60 darjah kecuraman...
Nampak tak?? sebahagian dari bukit yang kami dakit.. Lebih kurang macam Broga la.
Terima kasih la Aus, tolong bawakkan bag aku ni haa... lenguh bahu mak ni haa...

Lepas aktiviti mendakit, kami berehat sebentar untuk sambung aktiviti Explore Race di sekita Fraser's Hill.
Berhenti untuk taklimat Explore race.

Jom mengenal Kawasan Fraser's Hill....

Sri Dahlia ni adalah salah satu Banglo untuk para peserta.
Belakang kami adalah maps di Fraser's hill...
Ni adalah kebun di sekitar PLATIH.
Sri cempaka ni juga salah satu Banglo untuk peserta menginap di sini.
Ni adalah laluan ke dewan makan.
Batu apar PLATIH.
Belakang kami ni adalah tempat menginap untuk peserta lelaki. Kat sini aku tak sempat masuk, so tak tahu view dia macam mana..
Pintu depan PLATIH.
perjalanan ke luar.... 


Tempat wajib posing bila ke Fraser's Hill...
Puncak inn... Kat sini antara hotel yang popular jugak di sini.
1919 - Balai Polis yang tertua 
Klinik kesihatan.. comel je

Kat sini adalah sempadan Pahang dan Selangor... 

Ni adalah area Edible Garden.... Kobis bunga
Ni adalah pokok Strawberi.. haa.. bukan kat Cameron je tau ada...

Istana seri Pahang
Banglow TM

Dah settle berjalan, kami ke Allan's Water.. kat sini memang best.. aktiviti dalam air pulak...
 yeayy
Pintu depan Allan's Water
view dalam Allan's Water ni
Jadual masa operasi
Ni bayaran untuk boat.. aku tak sure bayaran untuk waterball berapa sebab kami punya urusetia yang bayarkan.

Bersiap nak berlepas.. telan masukkan angin dalam bola.... seram juga
tadaaa... bestt.....
Memang hilang stress masuk bola ni
Tak boleh nak bangun weh... dah macam hamster dah kat salam...

view dalam... besttt..
pening dah lama-lama kat dalam sebab aku banyak sangat bergerak. actually kalau tak nak pening, korang layan je kat dalan, tak payah bergerak banyak.
Dah macam keluar dari keponpong.

Balik, bos belanja makan aiskrim... walaupun orang cakap Bukit fraser ni sejuk, tapi serius dengan cuaca sekarang, bila pagi je sejuk, masuk je tengahari.. perghh.. panas gilaa...

Tapi memang best pengalaman ke sini... tapi untuk kali kedua datang sini, memang tak la.. hahaha.. mabuk oiii.....

No comments: