Wednesday, April 20, 2016

Pengalaman ke Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Nana nak share pengalaman ke Sungai Chilling di Kuala Kubu Bharu. Perjalanan dari Bukit Fraser ke Sg Chilling ni tak ada la lama sangat tapi disebab jalan yang sangat simpang siur, maka terkulai juga aku ni. Mabuk lagi. hahaha
Pukul 7 pagi, kami dah bersiap nak bergerak ke Sg. chilling...
Group photo... Tengok view masih berkabus. masa ni aku tengok suhu pada phone aku dalam 17'c.. sejuk jugak la... nampak nametag kami?? sebesor-besor alang.



Sampai sudah di pintu masuk sungai Chilling.

Actually sg chilling ni dibuka pada hari minggu sahaja. Tapi kami di Risda request untuk buat pada hari bekerja. alhamdulillah dapat buat, so memang best sebab hanya kami je yang ada.. kebiasaan nya memang penuh kat sini kalau hari minggu
Untuk sampai ke air terjun, kita akan jumpa dan kene melalui 6 pintasan anak sungai. yang ada 3 peringat kedalaman la. paling dalam, paras dada. 
mendengar taklimat dari pihak sg chilling, pihak bomba.
Aktiviti panaskan badan dulu.

game selesaikan masalah.

Kami gerak masuk hutan jam 10pagi. sangat sejuk, best dan tenang je. 
 melalui pintasan tak tahu yang ke berapa.. tapi air tak dalam...
 view sangat cantik...
 Berenti rehat dulu..
 meniti batang pokok.. aku ni ada la gayat sikit, so agak cuak kat situ... err
 Yang ni aku tak sure pintasan ke berapa tapi masih cetek
 meniti batang pokok.
 muka masing-masing masih bersemangat... kasut aku dah selamat dah... lupa bawak kasut getah.. haihh
meniti batu-batu... mengelupur jugak la aku bila terpijak batu licin, pastu jatuh.. 

 view air terjun sg chilling...
 Ikan jinak sangat-sangat dan besar-besar duduk dekat kaki... seram juga tapi jangan risau sebab tak gigit pun... just bagi roti, memang ramai akan datang kat korang.
Dah selamat memanjat kat atas.
 berenti makan... kami dibekalkan roti.. tapi sila pastikan jangan buang sampah merata yaa... kutip balik makanan, plastik.
 nampak tak kami kat atas sebelum terjun buat kuak lentang.. best gilaaa. air kat tepi tu agak dalam.. so kalau tak pandai berenang, better duk tepi-tepi je laa.. macam aku ni.. haha
 ni team aku, orkid wangee
bergambar sebelum balik...
memang best gilaa... air sejuk, tenang.. memang aku rasa bertuah dapat datang sini.. hilang stress kerja kat office oiii.....

So bagi korang yang stress ke, nak bercuti, boleh la datang kat sini.... enjoy gilaa...

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)