Wednesday, April 20, 2016

Kursus Motivasi di PLATIH Bukit fraser- day 1

Assalamualaikum...


Hai Korang...

Actually aku baru je balik dari Fraser's hill... berkursus selama 3 hari 2 malam di sana, di Pusat Latihan Awam Kementerian Pertahanan Bukit Fraser (PLATIH). 
Aku yang request nak hadir ke kursus motivasi ni, dah alhamdulillah bos aku luluskan. Ni first time ku ke Bukit Fraser. perjalanan dari ampang ke Bukit Fraser ni tak ada la jauh tapi subhanallah... aku mabuk weh.... Tak pernah-pernah aku mabuk, datang sini mabuk.. jalan lagi teruk dari cameron.. nak menangis aku kepala pening, perut sebu.. argh... mencabar gila.

k

View dari luar banglo penginapan kami. Dalam banglo ni ada 4 bilik dan dalam satu bilik ada 3-4 orang. tapi aku bertuah dapat 2 orang je sebilik.. yeayy..
ada pokok besar sebelah rumah kami.. cantik....

ini rupa dalam bilik kami.. bilik yang lain ada 4 katil dan ada yang double Decker juga.. alhamdulillah bilik aku ada 2 orang je.. so takde la berebut nak ke bilik air. haha... 
view dalam tandas bilik. setiap bilik ada bilik air. agak selesa dan bersih... bagi aku best la..
ni ruang tamu rumah.... ada iron jugak. so tak perlu pening-pening nak bawak iron ya..

Petang, kami ada kelas pengenalan diri.. actually tengahari dah ada kelas, tapi disebabkan ramai yang mabuk macam aku ni, so cancel kelas tengahari, kelas petang je ada, itu pun sekejap je..
Petangnya kami ke Taman Awam bukit fraser, nak beli cenderahati sebab kami ada aktiviti pertukaran hadiah. 
Dalam combi.. mujur la perjalanan dari rumah Platih ke Taman awam ni tak jauh sangat, kalau tak, mau aku muntah lagi... fusss
Ini antara tempat jual barang-barang hadiah.. cantik-cantik tapi disebabkan aku dah beli siap-siap di KL, so tak de la aku rushing mencari hadiah.
tempat wajib posing bila ke fraser's hill
Antara group dari Risda HQ
Dengan urusetia Kursus, En asran.

Malamnya, kami ada kelas, aktiviti berkumpulan... Kat sini line celcom ke, maxis ke memang slow ya. sekejap ada, sekejap tak ada. bagi yang nak ketenangan, memang sesuai la datang sini. 

Handphone depan mata tapi line takde, nangis... berpuluh-puluh mesej customer masuk tapi tak boleh nak reply.. nangiss....
Aktiviti berkumpulan.... best
Ice Breaking..
Tengah lawan dengan kumpulan lain..
kami punya team - Orkid Wangee....

Habis kelas, balik kelas terus pengsan.. haha.. penat...


next entry - Sg Chilling....

XOXO

1 comment:

Zumie said...

slim betul nana ni. btw cantikla baju awak tu