Sunday, March 27, 2016

Induksi Umum yang Mencabar

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Dah habisazab 3 hari berorentasi, next cubaan adalah Induksi Umum, 6 hari ni kami akan dinilai, di beri markah, so boleh dikatakan semua yang kami lakukan akan di beri markah oleh penilai-penilai yang dilantik.

Actually Induksi Umum ni agak relax kalau nak compare dengan orentasi... Cuma yang ni dengar ceramah oleh penceramah dari luar.. Kastam, Polis dan ramai lagi la selama 5 hari...

mendengar ceramah... Kusyuk semuanya ok... kih3.. 
Sesi pagi sebelum kelas, nyanyi lagu rinda, Negaraku.... Nampak envelop kat depan tu?? tu la HP kami semua.. haaa.. mana dapat gambar-gambar ni?? penceramah yang baik hati tolong snapkan untuk kami.. kenang-kenangan..
Ni adalah sesi malam, LDK ( latihan dalam Kumpulan). Aktiviti yang banyak membuatkan kita berfikir di luar kotak. sangat bagus. dan masa ni la nak tahu ahli kumpulan tu kerjasama atau tak.
Ni kumpulan kami, Kucing Kerong.... LDK..
Aktiviti malam, bila dapat hadiah, bahagi sama banyak... ye la, kami semua tak dibenarkan keluar dari kawasan kursus, so kalau lapar, makan apa yang ada je.

Group kami.
Oh lupa, antara peserta PTM, aku antara yan tertua la.. yang lain semua adik-adik.. aku ni la mak beranak dua. Tapi ada jugak yang tak percaya.. hahaha...

Kumpulan aku, aku setiap habis kelas, paksa diorang ni semua ambil gambar.... muka diorang redha je.. ye la, nanti tak ada kenangan bila dah habis kursus.
Last day Induksi Umum... bergambar dengan Panel Penilai.
adik-adik semua ni... terasa mak ni tua sangat
Kumpulan kami.. dapat No 3 je...
Cik Siti, Zainal & mak beranak dua....



No comments: