Wednesday, March 30, 2016

Induksi Khusus yang urm........

 Assalamualaikum....

Hai Korang...

Dah settle Induksi Umum, sambung Induksi Kursus untuk 6 hari...
Semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan yang baru dilantik perlu mengikuti kursus induksi sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan awam.

Kursus ini merupakan kursus wajib kepada kakitangan awam bagi memenuhi syarat pengesahan jawatan.

Sepanjang Induksi Khusus ni, memang mendengar je la... dari pagi sampai malam kelas... Pagi dan petang seperti biasa, aktiviti sukan dan riadah.

Stokin matching. Tq siti hadiahkan kami stokin... ada 7 perempuan, dan 7 hari seminggu.. suka gilaa.... 

Walaupun start Induksi Khusus, aktiviti pagi , menoreh memang masih berjalan seperti biasa. Selesai solat subuh berjemaan, kami terus gerak ke kebun getah untuk menoreh.
Nampak tak muka tak mandi pergi kebun??
dah siap menoreh. redup je kebun kat sini. bersih dan cantik.

Ada aktivi ke kebun sawit juga. Panas sangat-sangat.. fuss.. memang terbakar kulit ni haaa...
Nampak tak betapa panasnya kami di tengah kebun sawit ni...

dengan bakal pengantin, amir. habis kursus je nanti, terus majlis kahwin.. habis la kau amir, bersanding dengan muka terbakar la yaa...
Muka masing-masing semangat je
tengah-tengah kebun sawit.
Aktiviti masukkan tanah ke dalam polibag.. berat mak oiii nak angkat.. habis la peranakan aku...
gigih nak cuba buat...
tadaaa.. berjaya
Dengan hilal dan gee....masing-masing di PRN.. susah la nak jumpa lepas ni... jauh-jauh dah..

Aku lagi prefer aktiviti luar dari mendengar je dalam kelas.. mengantuk tak boleh nak bendung oiii...

dalam kelas
Macam-macam cara nak hilangkan mengantuk haa....
dengan rusydi... mamak sabah tapi dah kahwin dengan orang KL.. so dah boleh cakap semenanjung dah.
dengan mek iti.... nampok je camni tau, kelakor gila minah ni.. aku suka pow dia punya make up sebab minah ni ada make up tapi tak pakai make up... bak sini laa siti oii make up ko tu..
  time dapat outing la paling best. even 2 jam pun dah rasa heaven dah.. dapay beli coklat, roti.. fusss.. best oii
Lawatan ke PRN Maran.... Pejabat Risda Daerah Maran...

Balik dari lawatan, kami ke tempat proses getah.
proses di mana timbang susu getah
Tapis susu getah. Kadang-kadang dalam susu getah ada bendasing.

dapat getah kering... yeayy
cara  nak tengok kepekatan susu getah.
tadaaa.. dapat hasilkan getah sendiri...
cara pengiraan susu getah.. berapa kilo bersamaan berapa ringgit

dengan iti...

Bila induksi Khusus ni, hari terakhir akan ada Final Exam... iya.. exam kau.. dah macam student balik dah kene study, baca nak jawab exam... tapi aku tak study pun, tertidur sebab penat...

muka happt exam dah habis tapi aku pasti apa yang aku jawab banyak kelaut weh.. siapa suruh tak study...
Dapat baju untuk ke Program Anak angkat pulak...

. sob..sob...
Rindu anak-anak weh...

1 comment:

mawar_berduri said...

best la induksi gini..ada aktiviti luar ?