Saturday, March 26, 2016

3 hari berkursus Induksi di Kampung Awah

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Actually dah lama belog ini bersawang... fus.. fus.. *tiup debu*..  Ku balik dari induksi selama 20 hari... mak oii.. hitam..hitam berkarat dah.. muka hangus dan yang paling happy, turun berat badan.. yes..yes.. tak payah pening nak diet.. kih..kih..kih...

Kursus Tranformasi Minda ni dibahagi 3 kursus, Orientasi, Induksi Umum, Induksi kursus. Bagi aku antara 3 ni, yang paling penat, paling heavy,paling stress adalah Orientasi... Penat mak oi..

Jom baca cerita aku sepanjang Orientasi 3 hari...

1.3.2016, sampai di IKPK Kampung Awah, naik Bas Risda.. Suami tak dapat nak hantar sampai sini sebab kerja, so naik bas je la. Kali ni perempuan ada 7 orang sahaja. So kami stay satu rumah, ada 3 bilik, sebilik ada 2 orang. Sangat selesa.
 


Nampak tak betapa banyak nya bag yang aku bawa. Ikutkan hati ni, nak bawak satu almari.. tak cukup oii.. stress nak pilih baju apa nak bawa... 1 bag makanan, 1 bag baju, 1 bag kasut.

Sampai bilik, terus kemas barang.. ye la, ada 19 hari lagi nak berkampung kat sini.. so kemas-kemas la apa yang patut. Aku bawa stok makanan walaupun sepanjang kursus ni disediakan 6 kali makan, tapi biasalah Ibu yang menyusu ni, memang sentiasa tak cukup makan.

First day, malam dah ada taklimat. Masa ni kena pakai baju formal.. Yang pasti arahan yang paling tak boleh lupa, kene serahkan HP, telefon bimbit sepanjang Orientasi ini.. makkk... terus aku terfikir, macam mana customer nak order barang ni?? laki aku nak mesej?? nak call anak?? arghhh... mula-mula agak stress kat situ... Tapi bila fikir, ada betul nya, mereka nak kita memberi sepenuh perhatian ketika kursus ni...
Sepanjang orientasi, makan boleh dikatakan tak sempat kunyah, makan dan telan... mengejar masa... Bangun pukul 4.30 pagi, roll call pukul 5 pagi, senaman, solat subuh berjemaah, then program sampai malam... Pukul 1 pagi atau lebih baru tidur... makkkk... penat.....

aktiviti petang, kalau budak-budak lelaki main bola tampar, sepak takraw, kami yang perempuan berzumba, aerobik... yang tu je la mampu kami main dengan bilangan 7 orang ni haa...

Muka tak payah nak cakap la.. hangus habis... dengan cuaca panas, memang cepat je terbakar kulit ni.. tapi make up tetap make up ok...
Aktiviti petang, bersenam.... best.. bukan senang nak keluarkan peluh ni.. aku ni sayang lemak... kalau bukan sebab pergi kursus ni, jangan harap lemak aku nak cair.... susoh benor...

Hari 3, Kami ke kem PLKN, masuk hutan, di bekalkan Telur sebiji sorang, ubi kayu dan pisang jika lapar. Telur tu harus la dijaga, jangan bagi pecah walau apa cara sekalipun.
Kami dibekalkan kompas, kalau salah baca kompas, boleh sesat..

Kami tak dibenarkan bawa hp, so dapat belas ihsan cikgu PLKN untuk ambil gambar-gambar kami sepanjang dalam hutan untuk dijadikan kenangann sampai tua.

Mamak ni nama zainal, salah seorang ahli kumpulan aku. Oh ya, kumpulan aku ada 8 orang ahli, nama kumpulan "kucing kerong", aku pun tak tahu la mana boleh terfikir nama tu.. main bedal je...
Zainal ni antara peserta yang agak popular la sepanjang kursus ni, orang sabah.. aku ni walaupun ada kawan-kawan dari sabah, tapi bila sembang dengan si zainal ni, aku macam blur.. pekat weh bahasa sabah dia... kesian dia asyik kene repeat je cakap sebab aku tak faham.. haha..
Masa ni berenti rehat, masak ubi kayu dengana pisang, makanan yang dibekalkan untuk kami... tapi aku memang tak sentuh makanan sebab aku dahaga je.. langsung tak rasa lapar... tapi risau jugak minum air banyak, buat nye nak terkucil dalam hutan, mengelupur nak cari tandas...

masa ni aku dan siti duk sibuk jaga telur amanah.. risau kene curi.... kalau kene curi, kene denda dik oi....
Mujur aku tak lupa bawak serai wangi tropika, alhamdulillah.. tak kene gigit pacat atau serangga pun... ahli kumpulan aku semua pakai.. semua bau serai je haa..

dengan kami punya komander.... garang tapi hati tisu... best... sangat baik....

petang, selesai keluar hutan, kami ada program di tengah-tengah padang yang panas, sampai mata aku, muka aku pedih terbakar... subahanallah.... panas gilaa...

aku masa ni kat belakang, menyorok belakang budak-budak yang tinggi.. ni la untungnya jadi pendek...
Ni aktiviti yang sangat menduga keimanan, kesabaran dan segala jenis "ke" la... kami tak dibenarkan bercakap, tapi hanya mendengar araha dari ketua.... dengan cuaca yang sangat-sangat panas.. fuss...

;
Korang tahu apa ni?? pok getah.. atau getah skrap... Bau yang sangat-sangat kuat.. Tapi itu la bau duit bagi penoreh getah. kami di arah pegang dan sepanjang program haritu, sampai habis satu baju bau getah.. hahaha.. cuci pun tak ilang bau... fus.. penangan getah.
;
kami kerja di risda dengan getah skrap memang tak dapat dipisahkan... cewah..

Hari ke 3, manusia mana yang tak buat silap kan, telur amanah ada yang pecah, sudahnya kami di denda... akibat cuai... duduk tengah panas, dan kene naik turun 10 kali... kenangan weh.. aku rasa lepas ni mesti rindu kenangan ni nanti... ingat zaman belajar je kene macam ni, time kursus pun kene jugak. tapi serius akan jadi kenangan boleh cerita kat anak-anak nanti..


ni salah satu aktiviti berkumpulan, semua ada 4 kumpulan.... aktiviti ni pun menguji kesabaran, keimanan... berpeluh-peluh sampai bau keti oii... mata kene tutup dan hanya mendengar arahan ketua... habis mascara mak tau...
pertandingan bola tampar antara kumpulan.. bila ahli tak cukup, kene jugak la cukupkan, terpaksa la aku yang langsung tak pandai main bola ni join sekali.. akibatnya habis merah-merah tangan aku.. tu tak campur bola kene kepala, kene muka... fus..


No comments: