Thursday, December 31, 2015

CARA MEMBUANG KAHAK BAYI TANPA UBAT

 Assalamualaikum....

CARA MEMBUANG KAHAK BAYI TANPA UBAT
Bayi yang berumur dibawah setahun terutamanya tidak digalakkan untuk mengambil sebarang ubat batuk, selsema atau ubat demam. Biasanya, ubat-ubat ini akan membuatkan bayi anda kelihatan drowsy, lemah, tidak aktif dan mengantuk.
.
Sebagai ibu yang prihatin kita perlulah mencari penawar semula jadi dan tradisional untuk mengeluarkan kahak bayi yang disebabkan oleh batuk atau selsema. Biasanya bayi yang batuk dan selsema agak sukar bernafas disebabkan hidung yang tersumbat dan juga sukar untuk minum susu.
.
Secara tradisional bawang putih dan halia adalah antara tumbuhan herba yang bersifat anti bakteria. Jadikan produk TROPIKA BABY HERBAL CREAM sebagai penawar altenatif dan sebagai rawatan tradisional untuk melegakan batuk, selsema, hidung tersumbat, lelah dan mengeluarkan kahak bayi anda. HANYA SAPU.

WHATSAPP : 019-9080148 ( NANA)




Wednesday, December 9, 2015

PRODUK TROPIKA - SET ECZEMA

 ASSALAMUALAIKUM...

Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang ada masalah gatal-gatal, eczema, nana nak cadangkan produk Tropika, yang mana nana sendiri try untuk anak nana. Alhamdulillah ok 



(Tropika VCO berperisa Blackcurrant (85ml), 
TROPIKA - Baby Hair and Body Oil Lavender 30ml,
TROPIKA - Baby Soap Lavender 


Rawatan ini dirumuskan khusus utk bayi & kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti ekzema, ruam lampin, ruam panas, kudis serta berbagai lagi masalah kulit.

Set rawatan ekzema untuk bayi dan kanak-kanak terdiri daripada 3 jenis rawatan iaitu minuman minyak berperisa blackcurrant, sabun lavender & body oil lavender.

CARA PENGGUNAAN :

Minuman minyak berperisa blackcurrant ini ialah untuk diminum atau dicampurkan bersama dengan makanan bayi. Kalau bayi atau kanak-kanak itu boleh minum begitu sahaja bolehlah disuapkan 1 sudu kecil setiap pagi dan malam. Kalau tidak, boleh dicampurkan di dalam makanan seperti cereal / bijirin, bubur nasi atau roti sanwic dsbnya. Cumanya pastikan semasa mencampurkan minuman berperisa blackcurrant tadi, makanan bayi dah sejuk. Pokoknya bahan rawatan ekzema ini tidak boleh didedahkan kepada suhu yang tinggi. Suhu tinggi akan merosakkan kandungan bahan rawatan.

Kalau bayi tu nak diberikan bubur nasi, pastikan suhu bubur tu dah rendah, suam-suam kuku baru ditambah / gaulkan minuman berperisa blackcurrant satu sudu kecil.

Sila ambil perhatian bahawa minuman minyak berperisa blackcurrant ini sesuai untuk bayi yang sudah bersedia untuk memulakan makanan keras, iaitu umur bayi sudah mencapai 7 bulan ke atas. Untuk bayi yang belum mencapai umur 7 bulan, rawatan hanya menggunakan sabun dan body oil lavender

Sabun lavender digunakan semasa mandi, boleh digunakan keseluruh tubuh bayi atau membasuh bahagian-bahagian bayi yang terdapat kesan ekzema atau gatal-gatal. Simptom pada bayi ialah kulit kemerah-merahan dengan bintik-bintik , terkadang berair dan nampak lebam bila digaru. Keadaan begitu boleh menyebabkan bayi tidak selesa dan akan menangis.

Setelah dimandikan, lap bayi sehingga kering dengan tuala yang bersih. Kalau terdapat tempat-tempat yang kulit bayi dah merekah atau luka – ini kes ekzema yang dah serius – guna kertas tisu yang bersih atau tuala yang baru dibasuh atau sanitised tissue. Lap perlahan-lahan supaya luka tidak bertambah disebabkan gosokan yang kuat.

Kemudian sapukan body oil lavender di tempat-tempat yang bermasalah. Gosok dengan jari yang bersih. Kalau kes yang serius tadi, kulit bayi dah merekah dan ada luka, jangan guna jari kerana takut-takut berlaku jangkitan kuman. Jari kita ini kalau tidak dibersihkan dengan baik terdapat banyak kuman, maklumlah sentuh sana pegang sini, buat itu buat ini, semuanya dengan jari. Gunakan kapas atau cotton bud. Tuangkan body oil lavender keatas kapas atau cotton bud dan sapu perlahan-lahan keatas kulit bayi yang mengelupas atau luka tu. Pastikan cukup minyak yang disapu. Guna 1 kapas atau 1 cotton bud untuk satu tompok kulit sahaja. Ganti kapas atau cotton bud baru untuk setiap tompokkan kulit.

Saya ingin menegaskan disini bahawa keberkesanan rawatan ini terpulang kepada beberapa faktor termasuklah ;

i. ketelitian ibu dlm menjaga kebersihan semasa merawat bayi,
ii. kesempurnaan rawatan iaitu minum, basuh dan sapu,
iii. persekitaran yang bersih dan tidak berhabuk,
iv. makanan dan cara hidup
v. dan akhir sekali pesakit itu sendiri.


JOM ORDER SET ECZEMA!!!!! HANYA RM58 SAHAJA....!!!!

WHATSAPP : 019-9080148 (NANA)