Tuesday, November 17, 2015

Review Penggunaan Malish Aria Breast Pump

Assalamualaikum...

Hai korang...

Bagi yang follow aku punya belog ni, pasti tahu yang aku ni pengguna tegar spectra 3, dari anak 1 hingga la ke2. Tapi lately ni bila aku banyak kene pergi kursus, seminar kat luar, so aku terus decide nak tukar pam, yang senang nak bawa. Spectra 3 memang best tapi agak berat dan menggunakan plug semata-mata. Agak susah la kalau kene tempat kursus yang susah nak cari plug.

So survey punya survey, aku decide beli Pam yang agak murah dan semestinya double pumping la. Pilihan aku Malish Aria. Harganya kalau dia pasaran dalam rm399. Alhamdulillah aku dapat harga murah sikit dan dapat free gifts lagi.

Hari ni order, esokknya dah sampai.
excited nak tengok pam baru
pam dan free gifts
Ni antara part yang ada. motor pam memang kecik dan ringan
selepas rendam air panas, cuci, terus pakai. hasilnya tidak mengecewakan. Bunyi tak kuat tapi nak compare dengan spectra 3, spectra 3 lagi senyap.
Cubaan 1 dapat 9 oz. suction agak slow dan tak sakit. Aku dah biasa guna spectra yang suction memang kuat. so bila guna malish aria ni, agak tak terasa dia punya suction tapi susu keluar macam hisapan bayi. yang pasti tak sakit langsung. best....

Wednesday, November 11, 2015

Rindu Mak dan Ayah 200%

Assalamualaikum...

Habis seminggu seminar, aku sempat balik kampung (rumah mak) sehari.
Mati akal aku bila takde ana-anak ni. Pusing kanan x kene, pusing kiri tak kene. 

Stok seminggu. alhamdulillah rezeki Dhia. Tak muat dah ice box
Nak letak ice pad pun dah tak muat

Esok pagi dah kene gerak ke airport. Bising mak dengan ayah bila aku lengah-lengah bersiap. Takut terlepas flight katanya. Padahal airport dengan rumah tu sekankang kera je. Dekat bebenor.
Ni mak tolong ambilkan gambar. Siap pesan suruh pakai stokin, takut anak dia sejuk. hahaha
dengan mak
ayah..
Bila sampai airport awal, mula la menunggu. Siap guna kerusi urut lagi ha... mak tak nak join sebab malu. haha
bosan menunggu sorang-sorang.

berangan kau sorang-sorang. ye la, dalam flight ada 2, 3 orang je. tak ramai pun
menunggu en suami. ni la kali pertama aku mengembara sorang-sorang. cewah... datang satu bag, balik berbeg-beg, nasib MAS dapat 30kg free. gigih mak aku letak makanan (kerepok lekor, pau segera, kuih segera). Katanya tak nak tengok anak dia lapar. nak gelak aku dengan statement dia. dia tak tahu anak dia kat sini makan macam gajah. 
walaupun sehari je jumpa mak dengan ayah, tapi rasa masa tu berharga sangat. waaa... dah start rinduu..

Seminar Kewangan 2015

Assalamualaikum..

Hai korang...

Tahun ni kira tahun ke 2 aku ke Seminar Kewangan. Kat sini semua Gred 27 dan ke atas dari seluruh malaysia berkumpul. So aku yang agak baru ni masih tak familiar dengan muka-muka lain. 

4 November 2015, birthday aku yang ke-29. Dan aku masih lagi berseminar di Tabung Haji Hotel. Hadiah pertama yang aku dapat adalah, Touch n Go. 

Tadaa... hadiah pertama. 

Malamnya aku ada dinner, Ada cabutan bertuah jugak, dengan harapan birthday girl dapat la menang "something".
Dress code : casual & feminine
Tapi aku tengok ramai yang pakai jubah, dress... dah macam tema arabic pulak. maybe aku yang salah tema kot. hahaha.
menu Dinner.
Ada persembahan dikir barat dari Daerah besut, terengganu.
Meja kami.

Harapan tinggal harapan la ye, aku tak menang ape-ape cabutan bertuah pun malam tu, tak bertuah sangat la kot. Tak pun masuk dewan guna kaki kiri.. hahha..

Pengalaman Di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Last week, aku ke Terengganu untuk Seminar Kewangan 2015. Last minute dapat surat kene pergi seminar. Mujur suami ku volunteer nak jaga anak-anak. So senang dan mudah, aku naik flight je. Semuanya kerja last minute oii...

Alhamdulillah dapat tiket pergi dan balik murah. Ni first time aku travel sorangg-sorang. Tq la suamiku hantar pergi airport. Sayu weh kene tinggal anak-anak seminggu.

Ikutkan hati aku, tak nak aku pergi, tapi apekan daya. keje makan gaji ni,
kene redha dan patuh arahan bos.
Last aku naik air asia 4 tahun lepas, pergi bandung.. hahaha... Tapi ok la sebab pergi Terengganu je, tak sampai 1 jam. so memang tak sempat nak tidur pun.

So selama seminggu, aku akan menginap di Hotel Tabung Haji. Walaupun aku ni anak jati Terengganu, tapi ni first time aku datang sini. hahaha.. so bagi aku agak selesa la bilik kat sini.
Ruang agak luas untuk aku sorang ni.
Bilik air dan tandas asing ye, so agak privacy di situ.
Ada iron dan board sekali. so no need call room service nak mintak iron yee...
kat sini disediakan sejadah dan al-quran. Actually bila aku stay kat hotel ni even tidur sorang-sorang malam-malam, aku rasa ok, rasa selamat. maybe keadaan kot yang membuatkan aku selesa.

Dinner... menu kat sini best. Malam aku tak de kelas, so enjoy layan movie je.

BREAKFAST

aku paling suka sarapan pagi kat sini, menu wajib adalah nasi dagang.. wohooo.... rindu giler nak makan nasi dagang. ye la, bukan senang nak jumpa nasi dagang sedap kat KL.

Pancake atau bahasa kampungnye, lempeng.
telur separuh masak...
Pelbagai jenis roti
Menu utama, nasi dagang
Pelbagai jenis salad.

Selama seminggu aku kat sini, alhamdulillah selesa dan best walaupun tidur sorang-sorang. So sangat recommended bagi sesiapa yang nak datang sini. servis pun bagus. Tapi rate kat sini aku tak pasti berapa. Yang paling best, kat sini ada kolam untuk muslimah, kolam tertutup. dan ada tempat mandi kanak-kanak