Tuesday, October 27, 2015

Lotus Desaru Beach Resort & Spa - Day 3

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Last day di Desaru. Kami check out agak lambat sebab after breakfast, packing barang-barang yang dah macam tokan pecah. hahaha... aduyai... 

Kami gerak dalam tengahari ke JPO. Masa untuk shopping...

Qaira mengamuk kat belakang, sibuk nak hp mummy.
Adik cool je tapi kakak, aduyai.. meragam terlebih...
qaira tak nak bagi adik dia duduk dalam stroller. dengki bebenor dengan adik dia. Alhamdulillah, kali ni kami datang JPO, banyak gila sale. Guess, Victoria secret, anakku, adidas, nike. tapi aku tak masuk semua sebab dah lambat nak balik.
Dhia masa ni tengah meragam nak tidur. Pasang youtube, baru senyap.
Qaira tengah bodek daddy dia, nak makan aiskrim.. hahaha..

d
Jumpa air ni di johor.... harus la beli. Hello kitty kan...

Alhamdulillah selamat sampai rumah selepas isyak. Penat giloo.... Tapi best sebab dapat beli apa yang nak.
 
Tq suamiku belanja. katanya upah sebab masak selama ni.... cewah.. tq..tq.. isterimu ni rajin masak bukan nak upah tapi nak pahala. Tapi kalau orang dah bagi, kita terima aje la kan... yeayyy....

Lotus Desaru Beach Resort & Spa - Day 2

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Hari kedua di Lotus Desaru Resort. Bangun pagi-pagi dah ajak mandi.. Tapi aku tak layan.. gila sejuk pagi-pagi dah nak main air. Aku suruh masuk bath tub je. At least ada air panas. takde la sejuk.

sibuk nak sabunkan adik,

Dalam tengahari, sambung main air. tak ramai kat sini. So sedap la nak mandi.. Qaira ni jenis suka kawan. habis semua orang di tegurnya.
Nampak itik oren tu?? sibuk nak pinjam orang punya.

Adik, bila masuk air je, ngantuk.. tak paham anak aku sorang ni tau
Malam.. berBBQ di sea view. auww.. romantika gitu...
Lamb.. sedap

Buffet. Tapi aku lagi prefer yang malam pertama sebab lagi sedap. yang ni menu agak biasa tapi still lagi sedap.
Mana anak oiii??
masing-masing mata pandang sini, pandang sana. hahaha... badan aku bagai di pam-pam dah. gemok bebenor. bila nak kurus aku pun tak tahu la.. sedap bebenor makan.

Lotus Desaru Beach Resort & Spa - Day 1

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Nak share pengalaman ke Desaru. Actually ni first time aku datang sini. Bila suami tanya nak pergi tak, aku terus kata ON sebab tak pernah datang.

Kami gerak awal sebab sejuk, anak-anak pun tengah tidur. So sedap la sikit nak drive kan.
Dhia kalau dalam aircond, memang tidur lama.
Bila dah anak-anak tidur, boleh la mummy dengan daddy bercintan cintun sikit.. cewah.. cerita tentang zaman dolu-dolu... hahaha
Kami sampai di Resort sedang-sedang elok waktu lunch. Kami ambil pakej buffet kat sana so tak pening la nak cari makan kat luar. 

Nampak tak aku berpeluh-peluh. Gigih weh takde parking, angkat bag masuk bilik. berpeluh ketiak haa... tempat parking dengan bilik agak jauh,
Qaira tak sabar nak lompat-lompat atas katil;
Actually bilik cantik tapi agak tak sesuai untuk kami yang ada anak kecik. tangga agak curam dan tak de safety kalau anak nak turun dari atas ke bawah. risau mak. Tapi yang lain totally ok. best.

Petang kami just jalan-jalan pusing-pusing resort. Bukan main happy qaira dengan dhia
Dhia dah 7 bulan. alhamdulillah
sebijik muka daddy ko nak oii
bukan senang nak posing dengan 3 orang ni haa... sakit ati mak ni..
Aktiviti petang.... mandiii.. yeayy....
Dhia dalam air pun boleh nak tido... amek kau
tengok.. aku rasa bapak si qaira yang excited lebih ...
mummy tak mandi sangat, jaga bag ajoo....
Dhia.... suka gila dapat main air
Malam, tido kepenatan... hahaha... Katil sempit.. huwaaa... tak boleh nak gerak aku.... haaha... itu la bila anak tidur lasak..

Tuesday, October 6, 2015

Cara Penyediaan Puri Bayi dan Penyimpanan

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari ni nana nak share "something" yang kiranya berguna la untuk para ibu yang ada baby macam aku ni haa... Dhia dah masuk umur 6 bulan lebih. So masa untuk ber-puri.

Bila dah masuk  6 bulan dan ke atas, bayi dah boleh makan solid food. Tapi susu ibu still lagi kene teruskan tau... teruskan sampai la bayi kita umur 2 tahun...  Insha allah.

Ok jom, kita buat puri.
First, kita kupas kulit , tak kisah la nak guna buah apa, epal ke, pear ke.. tapi yang pasti kene kupas dulu kulit dia dan potong kecik-kecik.
Then rebus or kukus buah tu. Lagi elok kalau kukus buah tu. Aku kalau rajin, kukus la, kalau buat hari malas, aku belasah je rebus. Muahaha.
Biar agak-agak buah tu dah lembut la...

Then bila dah lembut, kita blend kan dia.... tak payah tambah air sebab buah tu lepas rebus, memang dah lembut. Aku ni klasik sikit, so aku takde la guna food processor tu, aku guna blender biasa je dik. Maklum la jimat kos.
Bila dah siap kisar, letakkan dalam bekas kecik-kecil yang bertutup. kenape kena bertutup??? sebab tak nak buah tu serap bau-bau ayam atau ikan atau semua bau la dalam peti ais nanti. so better kita guna bekas yang bertutup.
Biarkan sejuk dulu.
So bila dah sejuk, masukkan puri dalam tempat beku, freezer. Macm ni....


Puri yang telah dibekukan ni boleh tahan selama 3 bulan. (macam susu juga)

 Then esoknya, bila puri kita dah betul-betul beku, keluarkan puri dari bekas.


masukkan dalam plastik kedap bau. Contohnya macam ni la..

jangan lupa labelkan puri apa dan tarikhnya. sama macam kita labelkan EBM kita.
Tadaa.. macam ni...
Then Simpan dalam tempat beku semula. Bila kita nak gunakan puri tu contonya esok, kelurkan puri malamnya dan letak di tempat peti bawah (Chilled). Jadi esoknya puri tu dah cair dan boleh terus guna. Seeloknya panaskan sekejap (suam-suam). takkan nak bagi bayi makan sejuk-sejuk.

So tak ada alasan la kita tak nak bagi anak kita makan. Tak ada alasan kita nak bagi anak kita makan makanan yang tak septutnya dia makan. Sesetengah ibu kan, main bagi je, main sumbat je makanan masuk mulut bayi. Biskut lah, roti la... kita kene ingat, bayi umur 6 bulan, tak boleh MAKAN MAKANAN PEPEJAL LAGI!!!!! Perut bayi sangat sensitif tau.


*Qaira masa umur 6 bulan*  eh.. ade spentok daddy la...  hahaha

Dhia di usia 6 bulan.

SELAMAT MENCUBA YA...

XOXOXO

Friday, October 2, 2015

Cerita saya di Hari Raya

Assalamualaikum....

Hai Korang... 

Rasanyamasih belum terlambat untuk berkongsi cerita di Hari raya. Macam mana raya korang??? Raya kami agak tak best kerana kami anak beranak balik beraya dengan demam dan aku pulak suspek denggi. Demam agak teruk. Bila malam je aku mengigil sejuk, susah nak bernafas dan sakit badan.

Pagi raya, aku ambil sunat di Hari raya dengan pakai baju baru. ACtually baju recycle je. Tapi sebab baru 1 kali pakai, so pakai balikla. 

Raya hanya duduk kat rumah tunggu kalau ada tetamu datang. Ayah join korbang, so banyak bawak balik daging dan perut lembu. mak tak bagi aku nak tolong cuci perut lembu , katanya takut anak aku menangis nanti, susah aku cuci tangan, nak main anak lagi. (banyak benor alasan mak aku ni).
Raya korban ni, aku dengan kakak aku je yang balik kampung, yang lain semua balik rumah bini masing-masing atau mak mertua mereka. AGak sunyi la kami kat kampung. Biasanya memang riuh rendah la.
Bila tukang ambil gambar bukan laki aku, kualiti gambar agak kurang menyengat lah... cewah... hahha...
Muka masing-masing senyum paksa je sebab demam tapi kene paksa dengan mummy bergambar jugak.Mana bolehtakde gambar raya kan.

Malam seperti biasa, kami buat BBQ. AKu bawak daging kambing yang dah diperap. Kakak aku bawak balik sate ikan dengan ayam dah diperap. Tapi yang paling laku, semestinya kambing aku la. hahaha.. sekejap je licin habis.
start ber-BBQ. tempat panggang tu hasil buat sendiri, Maklum la duduk kampung ni, kene pandai buat sendiri semua benda.
ni hasil yang aku panggang, nampak tak kambing?? sedap kau. AKu beli daging kambing yang dah siap perap ni dekat office aku. sedap, takde bau kambing. 

Walaupun balik kampung kali ni kami semua tak sihat, tak pergi beraya kat mana pun, tapi at least dapat jumpa mak dan ayah. rindu weh bila duduk jauh ni. Jumpa pun 2 bulan sekali. Harap-harap aku dimurahkan rezeki, dapat la balik kerap sikit.. aminnn


XOXO