Monday, August 17, 2015

Jom jahit skirt 30 minit sahaja.


Assalamualaikum..

Hai Korang...

Nak belajar jahit skirt tapi tak ada asas menjahit?? meh kak long nak ajar cara jahit skirt mudah lagi cepat. 30 minit je dah siap.

Ni contoh skirt yang ku dah siap jahit.

Bahan yang diperlukan : 

                                           1) kain  ( ku pilih cotton ,selesa sikit untuk bayi )
                                           2) getah kain
                                           3) benang ( cari warna yang sama dengan kain)
                                           4) pin
ni antara bahan-bahan yang diperlukan
Ukur saiz pinggang pada seluar atau skirt yang dah ada. Ukuran ni di gunakan untuk potong getah pinggang nanti. Ukuran yang dah dapat ni, lebihkan 3 Inci ok.

so sekarang ada 2 helai kain. panjang 11×17.

Ok, jom kita start jahit.

Temukan 2 keping kain macam ni. Corak bertemu corak. Korang kene pastikan mana yang muka depan, mana yang terbalik.
pin kan di tepi kain (bahagian yang nak dijahit)
Jahit lurus tempat yang dah di pin kan dengan jarum peniti
Kalau ada mesin jahit tepi, boleh jahit tepi, kalau tak ada boleh jahit zig zag.untuk mengelakkan lebihan tepi kain tu berbulu
gosok di bahagian yang dah jahit
untuk proses pasang getah kain, lipat kecil (dalam 1/4 inci)dan jahit jelujur kasar.
lipat kali kedua (ukur saiz getah pinggang).
after dah siap ukur, jahit lurus lagi tapi pastikan tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan getah pinggang.
contohnya macam ni. Gunakan pin untuk memudahkan untuk masuk getah pinggang ( eh macam pening je ayat aku ni.. hahah)
Bila dah siap masuk getah, jahit sambungan getah. Macam ni...
Jahit Bahagian yang tak habis jahit tadi (bahagian yang masuk getah). 

settle bahagian pinggang. Kita ke hujung kain pula
Lipat  kain dalam 1/2 inci
Tandakan bahagian yang nak dijahit dengan jarum peniti dan teruskan jahit lurus.

dan siap....

Tadaa...

 Buat untuk qaira sekali...

Mudah kan??

Selamat mencuba.

Friday, August 7, 2015

Jamuan Raya Risda

Assalamualaikum....

Hai KOrang...

Raya kan sebulan, jadi banyak la jamuan raya. Aku rasa dekat 2 minggu ni, aku asyik makan free je.. alhamdulillah murah rezeki. Jamuan raya sana-sini. Dekat risda je dah 3 kali jamuan raya. 
Kali ni jamuan raya risda Bahagian. Kebetulan ada Menteri KKLW yang baru pun ada sekali. SO agar besar la sambutan kali ni.
Ni antara mak-mak dara di bahagian aku la
Posing dulu sebelum VVIP sampai
Harus la posing syok sendiri
Ni posing nak tunjuk tudung 10 ringgit,
Dengan bekas timbalan Pengarah aku dulu. SPorting en. nik.. kadang-kadang aku panggil pok nik je.. hahaha
Ni bahagin Tanam semula, duk sebelah dengan gerai bahagian aku.. amboi.. ya habibi kau.. semangat nak menang ni...
tengah siapkan tempat lagi masa ni.. masing-masing nak cantikkan gerai masing-masing. Bahagian aku jaga gerai ape?nak tahu??
Hah! gerai air kau.. paling laku....
Gerai sehati sejiwa katanya....
Kehadiran menteri baru KKLW, selfie sikit. Pengarah aku pun nak jugak kat sebelah haa.. senyum lebor
Gerai ni pun agak laku. Sate.. sedap sate dia... 

Majlis dari panggil sampai petang... yang best dapat duit raya jugak.. hahaha... penuh perut... Puasa sebulan turun 5 kilo, lepas raya, berkilo-kilo naik... huwaaa
Harus selfie sebelum masuk rumah, sebelum muka jadi mak limah nak masuk dapur.... TQ  suami sebab jaga anak-anak ( pengasuh tak ada 3 hari). mujur la anak-anak behave hari ni, maybe tahu daddy dia first time jaga 2 orang anak serentak.. hahaha... muah ciket lah daddy..

XOXOXO

Sunday, August 2, 2015

Food Review : Big Hugs Cafe

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Bukan senang nak berdating tanpa anak-anak disisi ni... jumaat lepas, kereta aku buat hal dekat office. Mujur la sempat punch card oii... then call la incik laki, suruh tengokkan. Mujur la office aku ni tak jauh dari rumah. Bila bawa kereta pergi bengkel, tauke tu cakap tak ada masalah. Pelik la aku ni kan... 

Kebetulan handphone aku pun buat hal, stress!! isi borang kuning (kalau kerja government memang tahu borang ni ) bila isi borng, boleh keluar 2 jam untuk urusan peribadi. Aku ke bengkel dan waktu-waktu terluang tu, aku pergi dating dengan laki ku...
sebelum solat jumaat, aku ajak suami aku try makan di Big Hug cafe. deco dia memang comel...

sementara makanan kami sampai.
Bila ber-dating, tak boleh main hp... haip....

Tadaa.. burger dah sampai.. pilihan aku lamb laa.. serius sedap. harga pun berbaloi la.
Laki ku pilih mario burger kalau tak silap. aku kureng suka sikit rasa roti dia, tapi isi dalam dia terbaik. sedap... fries pun sedap.. eh.. semua la sedap...
Antara deco dalam cafe ni adalah TEDDY BEAR... comell.. lagi besar dari laki aku.. haha

Order kat situ... servis ok la, tapi agak lambat sikit la... tapi bagi aku still boleh diterima la sebab customer ramai.
comel kan deco dia
view dari luar cafe.
Big hug cafe ni pun ada sediakan food truck tau. kalau korang nak tahu jadual dia, boleh tengok diorang punya Facebook la ye.

selamat mencuba yaa

-XOXOXOXO-