Monday, July 27, 2015

Kenapa saya pilih carrier bukan stroller

Assalamualaikum...

Hai korang...

Ku buat entry ni disebabkan ada mulut-mulut yang bertanya, kenape kau beli carrier?? kenape tak beli stroller je? senang tolak aje...

Ni jawapan saya kenapa saya pilih carrier untuk anak kedua ni

Sekadar berkongsi cerita walaupun dikira buka pekung di dada bak kata orang tua-tua. Aku pernah stuck di escalator masa bawa stroller. tayar stroller tu macam melekat di tangga escalator sampai stroller tu macam terjungkit naik. mujur anak aku ok. Lepas dari tu, aku memang serik nak bawak stroller naik escalator. Bayangkan la kalau ada 2 stroller. kami kene bawa satu sorang. So aku decide pilih stroller. Insha allah aku rasa lebih selamat ( dengan izin allah insha allah).

Oh sebelum tu aku menggunakan Carrier jenama ERGOBABY. Tapi kene pastikan ORIGINAL ya kerana banyak gila yang jual FAKE sekarang. Carrier yang fake tak sama dengan bag yang tak ori ye. Ada pernah satu kes, baby jatuh dari carrier kerana buckle patah. so kene pastikan ORI!!

 Carrier ni jugak ada banyak jenis, ini antara jenis-jenisnya (kategori) :


Aku pernah cuba baby wrap jenama BOBA tapi aku rasa tak sepantas aku memakai carrier biasa (ergobaby) dan aku rasa lagi selesa bapaki ssc dari wrap. Tapi ada ibu-ibu yang lagi selesa pakai wrap. itu diatas pilihan korang sendiri la. mana yang senang dan cepat. yang penting, baby selesa dan selamat.

Cara pakai SSC ni :
 

Sebelum aku Join group  (FB :MALAYSIAN BABYWEARER), aku main belasah je pakai carrier yang beli kat mall (lupa jenama apa) harga pun dalam 100++,. memang sakit pinggang bila pakai lama-lama dan baby pun nampak tak selesa. Bila aku banyak baca tengang baby wearing ni, baru la aku tahu jenis yang elok dan tak elok.
 Nak guna carrier ni pun ada cara tau. tak boleh simply kau dukung je anak tu kat dalam. 


kalau newborn, kita perlukan support kat dalam carrier tu untuk selesakan lagi bayi kita . Infant Insert ada jual berasingan tapi selain beli insert tu, boleh guna cara ni. :

 cara-cara nak simpan carrier anda :
 Ni contoh carrier yang kami guna dulu.... huhu.. masa ni takde ilmu sangat tentang baby wearing, so main belasah je guna carrier ni.

 even pakai carrier, still support guna tangan kat badan qaira sebab rasa carrier ni tak kukuh.. hahaha

So sekarang ni bila dah menuntut ilmu sikit-sikit pasal baby wearing ni, aku beli Carrier Ergobaby ni. serius nampak si Dhia ni selesa sangat kat dalam, siap boleh breastfeed dan tidur dalam ni. itu yang best bila pakai carrier ni. so rasa memang berbaloi sangat beli carrier ni even agak mahal. gigih ku menabung.


 Dhia tengah tidur kat dalam.
Daddy dan dhia.

So itu la sebab kenape aku lagi selesa pakai carrier. Tapi stroller pun still bawa kalau pergi jalan. Stroller untuk qaira, carrier untuk dhia. Nak pergi beli barang dapur pun senang.

Kalau nak tahu lagi pasal baby wearing ni, korang join la group MALAYSIAN BABY WEARER di Facebook.

Sunday, July 26, 2015

Beraya di Semenyih dan Banting..

Assalamualaikum..

Hai Korang...

Sambung lagi beraya di hari minggu... Alang-alang di semenyih, kami beraya di rumah sedara-mara di semenyih dengan mama.


Beraya di rumah mak lang.
f
Qaira tak boleh duduk diam...

Lepas beraya rumah mak lang, kami ke rumah nenek suami aku dan tok saudara. Wah memang jenuh pusing satu kampung. Then balik rumah  dulu, mandikan anak-anak. Sambung beraya di banting pula.
 
babah baru balik dari Thailand, belikan keropok durian ni. Mahal kau harga dia. rm38. tapi sedap. durian dikeringkan dan di pack kecik-kecik kat dalam ni. tapi tak boleh nak makan banyak, haus...
Selfie sikit dalam kereta. laki ku tak cakap nak pergi wedding sedara mara dia, so aku tak bawa baju lebih, nasib la kau bini pakai jeans pergi wedding orang.

sampai rumah pengantin, sedang-sedang elok masuk waktu asar. Aku terus solat asar dulu kat masjid depan rumah pengantin ni ha..
Tak nak duduk dengan atok. hahaha
Hah!! Bini siapa la ni pergi wedding orang pakai macam ni... nasib la ye.. incik laki tak cakap awal-awal nak pergi wedding. main sambar aje la baju yang ada
dia buat geram dengan mommy dia. mula la nak cubit pipi mommy dia
sibuk tengok daddy dia
banyak-banyak gambar, yang ni je yang ok. pandang kamera. haihhh
Dengan daddy... laki aku ni memang suka hitam. kalau boleh semua baju dia nak semuaaa hitam. Diulang, SEMUA.. 

Sampai rumah di keramat dekat pukul 10 malam. penat gila ok. siapkan bekal qaira untuk esok dengan bekal untuk aku laki bini, baru la boleh tidur.. penat oiii beraya ni....

Birthday Baby Aqeela dan Open House...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Bila raya ni kan, banyak sangat jemputan ke Open House atau lebih dikenali sebagai sesi menambah lemak-lemak tepu di badan.. Haih... Kadang-kadang aku terfikir, patut la che ta sampai lebih 60 pasang baju raya dia, dah banyak open house dia kene pergi.. hahaha..*eh.. tetiba che ta muncul dalam entry aku ni*
Open house pertama yang aku pergi adalah Birthday party anak kak yat ( ex-officemate aku). dia buat sekali dengan open house di Royal selangor polo club. Mujur la tak jauh dari rumah aku. so kami gerak lepas zohor.
Qaira, buat gigi rabbit... terus dia buat gigi macam ni.. hahaha
Adik sampai terselak-selak haa dia punya kain.. ganas bebenor kau dik pakai baju kurung
Selfie dengan qaira kat belakang
kalau tak mengusik aku si qaira ni, memang tak sah...

f
Ni la birthday girl... Dah 8 tahun dah.. comel.. sebijuik muka kat yat. Dia buat tema Hello kitty. kau macam tahu-tahu je akakk suka hello kitty dik.. eh.. akak?? 
Bukan senang nak bergambar dengan mek qaira ni tau... lari sana, lari sini... haihh
habis hello kitty yang diorang buat deco di ambilnya. Bila dia tak nampak, laki aku simpan balik. hahaha
Dengan tuan rumah,. kak yatt.. tq akak, sudi jemput kami. makanan superbb...

Family kami..
si qaira ni suka usik rambut daddy dia
hah! amek kau, rambut daddy kau
Family photo.

Lepas open house di rumah kat yat, kami ke rumah mak sedara suami aku. Che aa.. Kebetulan che non dan anaknya pun ada sekali. so kira meriah la..
Qaira duk sibuk buka angpow dia.

Settle beraya, petang baru kami balik rumah mama di semenyih. fuss... 
penat kau satu hari beraya.



-XOXOXOXO-

Wednesday, July 22, 2015

Salam Syawal - 3rd Day

Assalamualaikum...

Hai Korang..

Raya ke tiga kami beraya di Machang, kelantan. Kami gerak dari rumah pukul 10 pagi. Actually sebelum gerak, kami dah 50/50, sama banyak nak pergi dengan tak nak. Tapi bila fikir kakak aku menunggu kat sana, gigih jugak la kami gerak. Packing apa yang patut je.


Qaira ambil mood nak tidur. Stress mungkin tak sampai-sampai lagi sebab jam.
Qaira dah selamat tidur dah..

Bayangkan kami 5 jam stucked dalam jam.. Dhia pulak berak siap bocor-bocor habis satu baju. Dengan qaira mengamuk sebab panas, aku lagi nak kencing tapi tak jumpa cari tandas sebab jem tahap naga ( kereta tak gerak-gerak), mujur la jumpa kedai makan. Terpaksa pinjam tandas diorang .
Aku terpaksa tukar pampers di Dhia dalam kereta sebab kesian bocor-bocor dah kene baju. Dah la panas dalam kereta. 
Pukul 4 petang baru sampai Machang. ya allah.. serik oii balik kelantan hari raya. Azab jalan jem
Tukar baju Dhia dengan qaira. Kesian budak-budak ni seharian duk dalam kereta.
Labuh pipi si Dhia ni haa..

Alhamdulillah walaupun jem teruk tapi selamat jugak kami sampai dan balik. Start rindu dah kat kakak aku sorang ni...

Salam Syawal - Day 2

Assalamualaikum..

Hai Korang...

Raya kedua ni, kami pilih tema warna biru pulak. Baju aku beli ready made dari Bella ammara. Aku suka gila kain dia. Baju anak-anak aku pulak, aku jahit sendiri. Kain beli di Jakel dan gigih jahit sebelum raya complete dengan headband.kalau jahit sendiri ni ada kelebihan dan kekurangan. kelebihan dia jimat dan boleh buat design yang kita suka. kekurangan- kene pandai cari masa nak jahit. huwaaa... baru nak masuk benang, sorang nangis, baru nak start jahit, sorang dah mraung.. haihh


Beraya rumah abang angkat aku. Si dhia dah selamat tidur. budak ni mana-mana pun boleh lena. kalau kakak dia, umm... kalau tak mengantuk sangat-sangat, jangan harap dia tidur.


Ke open house kawan suami aku pulak. Si dhia ni memang senang jaga. Kalau dia tidur, angkat pergi mana-mana pun dia tak sedar. Ada kakak ni baik hati nak tolong pegangkan. Actually mak sedara kawan suami aku. kalau orang luar yang tak kenal, tak berani aku nak bagi anak aku... seram.
Kawan suami aku.. Muka qaira duk usha adik dia tengah tidur

Aku beraya kat luar tak lama sebab ramai yang datang rumah beraya. Masa raya ni la nak jumpa sanak saudara kan...
Dah macam kembar aku tengok. Baju ni aku jahit extra untuk anak sedara aku. even dia dah 8 bulan, tapi sama besar dengan dhia je. So senang la aku jahit. 
Dah macam aku ada anak 3 dah.... haha
si qaira ni bukan boleh ikat rambut lama-lama... sekejap je tahan
Ni sedara aku datang beraya. aku ni kira mak sepupu diorang.
posing syok sendiri namanya. kerusi kayu ni la yang tiap-tiap tahun jadi port posing kami.
dengan suami ku.. suwit tak kami?? hahaha...
*sila muntah hijau*

Dengan mek qaira. Dhia dah selamat tidur.
Posing lagi sekali
Depan pokok rambutan mak pun boleh...
kepenatan beraya sakan. kumpul duit raya yee.. hahaha