Monday, April 13, 2015

Fesyen Tudung Terkini



 Assalamualaikum....
Hai korang....
Hari ni ku nak bercerita tentang fesyen Tudung terkini. Bila sebut pasal fesyen tudung ni, memang ramai pengemar fesyen tudung ni. tambah-tambah lagi bila ramai artis-artis yang dah bertudung sekaligus menarik ramai wanita untuk turut bertudung. Actually takde alasan untuk kita berfesyen bila dah bertudung ni. Kalau kita tengok sekarang, banyak fesyen-fesyen tudung yang menarik.
  fesyen tudung dulu dan kini banyak betul bezanyakan? kalau  Dulu, kita tak ada pilihan yang banyak, tapi sekarang, pilih je fesyen tudung mana yang nak kita gayakan. Cantik-cantik semua fesyen tudung sekarang ni, kadang-kadang sampai rambang jugaklah mata nak buat pilihan.
Antara fesyen tudung yang menjadi pilihan wanita sekarang.
 Instant hijab
 Bawal
Halfmoon shawl

Tapi sebenarnya banyak lagi fesyen-fesyen tudung yang ada di pasaran sekarang. Kalau dulu, susah kita nak cari tudung-tudung cantik. Tapi sekarang, dengan sekali klik je, anda boleh cari pelbagai jenis tudung.
Anda boleh singgah ke Fesyen Tudung Online di ZALORA untuk melihat pelbagai jenis tudung terkini yang ada di sana..dengan klik-klik je, dah sampai ke tangan anda... wah.. senang kan sekarang.. semuanya online. menjimatkan masa dan tenaga. so apa tunggu lagi??? boleh jenguk-jenguk ke page zalora sekarang.  Selamat berfesyen yaa...

Friday, April 3, 2015

Pengalaman Bersalin Dhia Sofya

Assalamualaikum....

Hai KOrang....

Alhamdulillah... aku dah selamat bersalin setelah 6 hari Overdue ok! .... Girl lagi....... Pengalaman yang sangat-sangat berbeza dengan qaira, anak pertamaku.... hahaha... Jom dengar pengalamanku kali ni....


Rabu (25/3/2015) - Actually dah seminggu lebih aku kene Braxton Hicks. So bila sakit tu, aku macam dah kebal.. cewah.. Aku mula rasa sakit perut dan mengeras tapi tak regular. Malamnya, sakit macam makin kuat, ajak suami pergi ke hospital ampang, tengah malam ok. Pkul 12.30 malam. Angkut segala bag, dengan qaira lagiletak dalam car seatdepan. qaira agak cranky,maybe dia dah mengantuk, menangis nak susu tetek, tapi buat tak layan je.. Actually first time aku sampai Hospital Ampang ni. Ya allah, parking penuh . Tapi yang pelik, sampai pintu hospital, sakit pun hilang, then balik rumah semula. sambung tidur... hahaha...

Khamis -(26/03/15) start pkul 7 pg, rasa sakit perot dan ari-ari. Dalam 15 minit sekali tapi x kuat sangat. still boleh tahan, maksud boleh tahan tu ialah aku boleh buat air milo, basuh pinggan lagi. hahaha. Ajak suami pergi Hospital. Hantar qaira pergi pengasuh, sempat singgah beli nasi lemak kat gerai depan rumah.  Kakak dekat gerai siap tanya, sakit ke dik?? haah kak... nak pergi hospital tapi nak bawa bekal nasi dulu... kakak tu siap bagi diskaun ok sebab dia kata aku berani sangat.. hahaha... Sampai hospital dlm pkul 10.30 pg. Daftar, nurse suruh tukar kain then masuk bilik untuk cek Ve, contraction, ctg semua, doc cakap dah 3 cm, so kene warded.. What?? 3 cm?? Terkejut aku. Sebab masa qaira dulu, kalau dah 3cm tu, sakitnya dah guling-guling... kali ni sakit still boleh gelak-gelak lagi... alhamdulillah... Dalam hati aku, Masa untuk berjuang ni....
 
 Pkul 12.30 tghari, masuk wad, Dapat kelas 2. so ada 4 orang satu bilik. kebetulan masa masuk tu ada2 orang je... so senyap laa. Laki ku ambil barang, bag-bag semua. Tapi bila dah sampai hospital ni, selera makan takde. Automatik hilang...  So aku dan laki ku makan bekal nasi lemak kedai kakak dekat rumah tambah dengan makanan hospital. Masa tu sakit datang kejap-kejap tapi still boleh tahan lagi. aku guna timer, dalam 7 minit sekali. Habis je waktu melawat, Laki aku keluar ke tempat menunggu. Tinggal la aku dan kakak tu berdua je. Then Aku mandi, solat Zohor, buat solat hajat, baca surah maryam..Sepanjang mengandungkan anak kedua ni, aku memang tak pernah putus baca surah Maryam. kat office pun, aku akan pasang surah Maryam..

Masa ni aku dah sakit tapi still boleh tahan lagi.


Pkul 5.00 petang, doc datang round, masa tu mama, babah dtg. Sakit makin kuat tapi still blh tahan. Mama suruh aku pergi bagitahu nurse. Then aku Bagitahu doc yang sakit makin kerap. Doc buat ve. Serius tak sakit pun doc buat VE. Aku siap bagitahu doc, "kalau nak masuk tangan, bagitahu ya doc, saya nak tarik nafas dalam-dalam ni". Doc siap gelak lagi. then doc cakap, eh.. Dah 5 cm... Boleh pergi labor room... AKu macam bersyukur sangat sebab aku masih boleh tahan sakit even dah bukak 5cm.
Masa tu terus makan laju2... Bila datang sakit, stop makan. Tapi bila sakit hilang, sambung makan.
mama bagi makan telur ayam kampung, air milo + mentega, kurma.. semua aku telan.. hahaha

Pkul 6.30 petang- tolak masuk labor room, buat ve, pasang ctg, doc cek lagi, dah 6cm. eh.. cepat pulak (dalam hati je la ek)  Doc pecahkan ketuban., plup... then panass je rasa kat peha. ... Sakit makin kuat,Doc cek bukaan lagi, dah 7cm.. masa tu doc dah buka bacaan al-quran di Ipad dia.. so, rasa tenang kat situ. Dalam labor room memang sejuk gila, sampai kaki aku mengigil. then aku cakap dekat doc, aku sejuk. Doc pun ambilkan selimut tebal, selimutkan kaki aku. alhamdulillah... bersyukur sangat aku dapat doc yang sangat memahami.
Aku tanya doc, mana suami saya?? doc cakap. suami awak pergi minum sekejap ye.... What???? pergi minum?? siap kau ye b!! (dalam hati je la yee) Tak lama lepas tu, laki ku masuk dengan bawa air kat tangan, galas bag laptopnye... haih... mujur aku tengah sakit tau.. kalau tak, siap b!!
7.20 malam - Sakit yang teramat sakit. Bila sakit je, aku sedup gas, tapi actually gas tu tak membantu pun. hahaha. Laki aku pegang tangan aku, aku cakap dekat laki aku " b, sakit sangat"...  Doc datang lagi untuk  buat ve, dah 8 cm... X tahan rasa nak berak, aku cakap kat doc, nak berak, doc suruh push je.. rupanya nak berak betul.. Haha... then masa nak teran berak tu, doc cakap dah fully, Doc suruh push sambil gosok perut aku dah selawat. 3 kali push, baby keluar... Alhamdulillah... then nurse letakkan baby atas dada, tanya baby apa... disebabkan aku memang tak tahu jantina anak aku masa mengandung, so excited la aku nak tengok... BABY GIRL... kawan kakak qaira lagi. kecik sikit dari qaira.


8.15 malam-, baby keluar (rasanya la). Doc keluarkan uri, jahit-jahit sikit sbb ada koyak. Sakitnye jahit... aku siap menjerit-jerit (tapi tak kuat). Sakitnya ya Allah.... AKu bersyukur sangat Allah permudahkan aku bersalin kali ni. sekejap sangat aku di Labor room. berkat surah Maryam dan Solat hajat setiap hari.

9.00 mlm- tolak masuk wad dengan baby.... Ya allah... Tak sangka... Aku dah ada 2 orang anak....


sampai je di wad, suami aku tolong aku bersihkan badan, tukar baju, tukar segala benda la.. Kali ni aku tak rasa penat pun sebab aku boleh bangun mandi, buat air sendiri. then suami aku balik sebab nak ambil qaira dari rumah pengasuh. Malamnya, aku berdua je dengan baby, AKu tak dapat nak tidur pun sebab still tak percaya yang aku dah bersalin... Kerana tak dapat nak tidur, aku balas whatsapp yang banyak gila tanya pasal baby, dengan PM di facebook, call dari family..hahaha.. ya allah.. aku bersyukur sangat.. tak tahu nak cakap macam mana.... for sure aku tak serik nak bersalin lagi... hahaha...

p/s: sambung di next entry ya...