Friday, February 20, 2015

Picnic with familiaa..

Assalamualaikum....

Hai Korang...

Selamat Tahun Baru cina bagi yang merayakannya..... SO cuti raya cina, aku balik kampung semenyih ajo... rumah mertuaku.... Kami plan nak pergi picnic... hehehe...

Teman ayah mertuaku ke Sunway Piramid sebab nak tukar sim card baru.. so kami follow sekali.. mula-mula laki aku tak nak follow sebab dah tahu qaira ni macam mana kan.., tapi atuk nak bawak jugak.. hahaha... so kami ok aje.. tunggu dah lihat..
Masa sampai je, mood mek qaira ok lagi... pusing sana, jalan sana, jalan sini, tak nak duduk dalam stroller...
Mommy & qaira..

Alhamdulillah dah settle urusan atuk, atuk belanja qaira mainan.. hahaha..pandai qaira bodek atuk tau... tq atuk..., then gerak balik rumah sebab nak pergi picnic pulak... yeayyy...

Kami ke sungai Gabai je sebab tempat yang kami sepatutnya pergi dah tutup.. kene sita katanya sebab virus kencing tikus.. wah.. terus seram aku nak bawak anak aku pergi mandi sungai...
Sampai je sungai gabai ni, ya allah.. terkejut aku.. ramai nye manusia..... sampai nak mandi pun takde space tau..... sudahnya semua tak mandi kecuali qaira.. tu pun masuk badan sikit je sebab qaira meraung.. hahaha
qaira dah takut air sekarang.... tengok air je terus menangis...
neny dengan adam...
aku dengan mama adam...
Qaira dengan daddy....

Aida, aku dan hajar... masing-masing pakai instant shawls yang aida jual... kalau korang berminat, boleh tengok instagram : byayramikayla.
qaira dengan atuk... qaira tak pandai buat peace guna dua jari.. hahaha....
Mama dan dan ayahnya...

walaupun ramai orang, at least kami dapat berkumpul sama-sama...


Qaira dengan neny...

Sunday, February 15, 2015

36 weeks.......

Assalamualaikum...

Hai Korang....

Ape cerita weekend korang??? disebabkan hari sabtu aku dah shopping, so hari ahad nak bawak qaira jalan-jalan tempat yang tak stress.. hahaha... maksud aku tempat yang takde membuatkan aku nak shopping..... haa gitu...
so tempat paling strategik nak bawak anak di hari minggu adalah Taman permainan.. hahaha.. qaira memang suka datang taman ni.

Nampak tak?? excited kau mek qaira nak jalan
Sempat makan laksa penang dengan air kelapa dekat taman.. aku bedal sampai 3 air kelapa... hahaha.. sedap giler.
Masa untuk qaira beraksi.. aku tak larat nak kejar mek qaira, so aku biarkan je laki aku follow dia.. hahaha
suka la dia dapat panjat-panjat
posing sikit
naik kuda gerak, kata qaira.. haha
yang ni paling dia suka. main buai....
bukan main suruh daddy tolak laju-laju

bila time mommy tolak, qaira tak nak.. hahaha... sebab mommy tolak slow je.. haha
terus nak turun bila mommy hayun buai tuu
muka dah merah-merah sebab panas
apa ni mommy!!! hahaha
muka penat dah main... 

hari ni kandungan dah masuk 36 minggu.... actually aku dah tak larat sangat nak jalan sebab perot dah sangat besar dah aku rasa.. tapi kesiankan mek qaira ni kalau duk terperuk dekat rumah je.... gigih aku bawak jalan haa...  kaki dah mula bengkak dah.. setiap malam mesti aku suruh laki aku picit kaki dengan minyak panas, baru boleh tido lena. Nak tidur pun sekarang dah tak selesa, pusing kanan tak kene, pusing kiri pun tak kena.. haih... lagi 4 minggu insha allah...
Doakan semua selamat yaa...

XOXOXOXO

Monday, February 9, 2015

Bila Daddy masak....

Assalamualaikum...

Hai korang..

Actually mek qaira ni agak memilih kalau bab makan... so aku akan masak apa yang di suka je laa... tapi bila makanan yang dia suka, dia akan makan macam tak makan 1 hari.. haaa...
Semalam aku request dekat laki aku nak makan spaghetti carbonara. Laki aku kalau bab masak makanan omputih ni memang terbaik... kata mertua aku, anak dia sorang ni memang suka masak western... So bersyukur la aku bab masak western ni kan.. aku kan buta kayu sikit bab masak western ni.. orang kampung katakan.. hahaha
Tapi bila dah anak pulak suka makan makanan omputih ni, aku serah dekat laki aku je la masak. Aku settle bab potong-potong bahan je.. yang lain biar dia settlekan...
Setakat ni aku paling suka spaghetti laki aku masak... kalau ngidam pun, nak makan yang laki masak, tak nak yang lain... hahaha
Tapi betul la orang kata, orang laki kalau masak lagi sedap dari air tangan perempuan.. eh.. ye ke?? aku masak sedap jugak.. hahaha


Nah.... letak dalam mangkuk... habis satu badan dia makan... padahal baru lepas mandi..
Kalau boleh, semua tangan, sampai siku la dia masukkan dalam mulut. sedap sangat la konon daddy masak.

Nampak!! siap hirup.. aku tak tahu mana dia belajar.
Dah habis, siap cakap " mommy, finish.." amboi kau.. sudahnya, mandi lagi sekali.... next time kita suruh daddy masak lagi ye qaira.... kalau boleh nak tiap-tiap hari lah daddy masak.. hahaha.. senang kerja mommy.. kih-kih...

XOXOXOXo

Sunday, February 8, 2015

Anak Mommy Dah besar....


Assalamualaikum...

Hai korang....

Bila anak mula membesar ni, korang rasa macam "ya allah... cepatnya anak aku besar" teringat lagi saat-saat bersalinkan dia...
Qaira sekarang dah nak masuk 1 tahun 9 bulan.. ya allah... banyak betul ragam dia. alhamdulillah.. ringan mulut dia (orang tua-tua cakap) sebab cakap banyak sangat. hahaha.. kadang-kadang tak terlayan. Sama banyak dengan meragam tu...

Kalau tunjuk kamera, mesti dia cakap "smileee".. amboi.. macam tahu-tahu je
cheeky bam-bam
Anak daddy ni sebab dengan mommy dia tak nak sangat.. ahahaha.. mommy dia garang kot...

Kalau bab pergi kedai pulak, subahanallah.. kadang-kadang tak terlayan... geram-geram tangan nak mencubit... banyak benor ragamnye
nampak tak?? satu bakul barang dia aje... dia pilih sendiri tau.. sibuk
Hah!! dah siap pilih, tolak bakul dia pergi tempat lain plak.
Laki tak puas pilih, lagi tu la dia tak gerak... Kalau amek bakul tu, makanya satu kedai la dengar lagu free.. dia jerit sampai guling-guling.. mak aiii.. dasyat anak aku ni... tapi takde nye aku layan nak beli semua, aku amek la satu dari semua barang tu.. hahaha.... tak daya aku nak beli semua.....

Tapi walaupun senakal mana mek ni, meragam sekali pun, bila hantar dekat pengasuh, balik kerja tak sabar nak balik cepat-cepat, rindu dengan mulut kepoh dia.. tak tahan rindu. lagi-lagi kalau kene pergi kursus.. fuss... tiap-tiap masa duk tengok video dia....

tak tahu la aku macam mana dia jadi kakak nanti... hahaha... harap-harap tak berebut la barang dengan adik dia.... hahaha

ok, sambung nanti.....

XOXOXOXO

Thursday, February 5, 2015

Bila satu family berkumpul....

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Wah... lamanya ku tak update belog... ampunkan mak... laptop ku rosak lagi.. maklum la bila dah ada anak baru nak membesar ni, memang habis barang-barang.. pantang tengok laptop, nak menekan-nekan.. kalau tekan guna tangan takpe, siap guna kaki... haih...
ok, berbalik kepada entry baru... Baru-baru ni, (weekend) lepas, aku balik kampung, banyak cuti terkapit, hari wilayah dan thaipusam. So balik kampung... alhamdulillah semua adik beradik aku balik kecuali adik aku di perlis (polis) yang selalu payah nak cuti.

Bila dah balik semua, memang happy gila la mak ayah. siap masak nasi dagang lebih.. hahaha... maklum la semua menantu dia orang luar dari terengganu. memang akan request nak makan nasi dagang la..
Warung...
Qaira la paling excited... dapat jumpa sepupu dia... takde la boring bila ada geng
siap duduk-duduk atas pasir kau.... haihh
lepak warung... mentang-mentang la warung sebelah rumah je..... 

Tapi yang sedih dapat lepak dengan kakak aku sekejap je sebab pantai timur ahad dah keje. So dia kene balik kelantan.. entah bila nak jumpa pulak.. rindu.....

Petang, laki aku paksa, diulang PAKSA aku pergi makan sotong celup tepung. aku kan anak jati terengganu, so aku takde la kisah nak makan sotong ni, tapi laki aku memang obses dengan ikan celop tepung la, sotong celop tepung yang MADE IN TERENGGANU. hahahaha


Daddy kusyuk drive, mommy dengan qaira sibuk selfie
Sampai je kedai, subhanallah... Raminya manusia oiii...... beratur tersangat panjang... Tapi aku bersyukur, masih ada yang sayang.. cewah.. bila diaorang nampak aku beratur (dengan perot yang sarat ni haa), diorang bagi aku kerusi suruh duduk. takde la aku berdiri kan.. cuma beratur tetap la beratur.
Korang nampak tak betapa panjang nye barisan... aku pelik jugak kenapa ramai sangai kat kedai ni sebab ni first time aku sampai kedai ni.. Dalam hati aku " sedap sangat ke makanan dia".. hahaha
Nampak betapa sesaknya kedai haa... sampai nak makan pun takde tempat...
mak buyong tengah beratur.
bukan aku taknak laki aku beratur, cuma aku tak larat nak kejar mek qaira.. sekarang ni qaira lasak lain macam sikit. terlebih makan coklat agaknya.. hahaha. tak larat aku nak mengejar. so better laki aku je yang jaga qaira. aku beratur aje....
 tadaaaa... ABC.. murah dan lagi sedap dari kedai WAHAB CENDOL.... (sakit hati sebab kat sana mahal sangat)
 Tadaaa.. sotong dah sampai... laki aku order 2 ekor sotong (besar gila), siap diorang sediakan pengepit dan gunting. Dan order ikan.. memang fresh gila... dan mee goreng 2 pinggan. Air kelapa memang tak boleh tinggal... memang pior giler... patut la ramai orang kedai dia.. berbaloi-baloi...
nampak tak betapa sedapnye sotong diaaa...
Makanan dia semua fresh dah panas-panas... tu yang jadi kelebihan kedai dia.. aku rasa laa.. hahaha
Masa aku nak balik ni, dah pukul 7 petang.... Tapi still ramai gila lagi yang beratur... tak tahu la aku pukul berapa diorang nak dapat makanan...

so memang berbaloi datang kat sini walaupun aku takde la makan banyak sangat, tapi laki aku cakap memang berbaloi-baloi...
Nana bagi 5 bintang....

ok, bersambung...........