Tuesday, November 17, 2015

Review Penggunaan Malish Aria Breast Pump

Assalamualaikum...

Hai korang...

Bagi yang follow aku punya belog ni, pasti tahu yang aku ni pengguna tegar spectra 3, dari anak 1 hingga la ke2. Tapi lately ni bila aku banyak kene pergi kursus, seminar kat luar, so aku terus decide nak tukar pam, yang senang nak bawa. Spectra 3 memang best tapi agak berat dan menggunakan plug semata-mata. Agak susah la kalau kene tempat kursus yang susah nak cari plug.

So survey punya survey, aku decide beli Pam yang agak murah dan semestinya double pumping la. Pilihan aku Malish Aria. Harganya kalau dia pasaran dalam rm399. Alhamdulillah aku dapat harga murah sikit dan dapat free gifts lagi.

Hari ni order, esokknya dah sampai.
excited nak tengok pam baru
pam dan free gifts
Ni antara part yang ada. motor pam memang kecik dan ringan
selepas rendam air panas, cuci, terus pakai. hasilnya tidak mengecewakan. Bunyi tak kuat tapi nak compare dengan spectra 3, spectra 3 lagi senyap.
Cubaan 1 dapat 9 oz. suction agak slow dan tak sakit. Aku dah biasa guna spectra yang suction memang kuat. so bila guna malish aria ni, agak tak terasa dia punya suction tapi susu keluar macam hisapan bayi. yang pasti tak sakit langsung. best....

3 comments:

Anonymous said...

Hasil yg dpt guna spectra ngn malish ni sama x ?

sue_maya said...

Bli kt seller sapa

hayati suki said...

macam best je malish ni. masih lagi mencari yang sesuai..