Wednesday, November 11, 2015

Pengalaman Di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Last week, aku ke Terengganu untuk Seminar Kewangan 2015. Last minute dapat surat kene pergi seminar. Mujur suami ku volunteer nak jaga anak-anak. So senang dan mudah, aku naik flight je. Semuanya kerja last minute oii...

Alhamdulillah dapat tiket pergi dan balik murah. Ni first time aku travel sorangg-sorang. Tq la suamiku hantar pergi airport. Sayu weh kene tinggal anak-anak seminggu.

Ikutkan hati aku, tak nak aku pergi, tapi apekan daya. keje makan gaji ni,
kene redha dan patuh arahan bos.
Last aku naik air asia 4 tahun lepas, pergi bandung.. hahaha... Tapi ok la sebab pergi Terengganu je, tak sampai 1 jam. so memang tak sempat nak tidur pun.

So selama seminggu, aku akan menginap di Hotel Tabung Haji. Walaupun aku ni anak jati Terengganu, tapi ni first time aku datang sini. hahaha.. so bagi aku agak selesa la bilik kat sini.
Ruang agak luas untuk aku sorang ni.
Bilik air dan tandas asing ye, so agak privacy di situ.
Ada iron dan board sekali. so no need call room service nak mintak iron yee...
kat sini disediakan sejadah dan al-quran. Actually bila aku stay kat hotel ni even tidur sorang-sorang malam-malam, aku rasa ok, rasa selamat. maybe keadaan kot yang membuatkan aku selesa.

Dinner... menu kat sini best. Malam aku tak de kelas, so enjoy layan movie je.

BREAKFAST

aku paling suka sarapan pagi kat sini, menu wajib adalah nasi dagang.. wohooo.... rindu giler nak makan nasi dagang. ye la, bukan senang nak jumpa nasi dagang sedap kat KL.

Pancake atau bahasa kampungnye, lempeng.
telur separuh masak...
Pelbagai jenis roti
Menu utama, nasi dagang
Pelbagai jenis salad.

Selama seminggu aku kat sini, alhamdulillah selesa dan best walaupun tidur sorang-sorang. So sangat recommended bagi sesiapa yang nak datang sini. servis pun bagus. Tapi rate kat sini aku tak pasti berapa. Yang paling best, kat sini ada kolam untuk muslimah, kolam tertutup. dan ada tempat mandi kanak-kanak

No comments: