Wednesday, September 16, 2015

pengalaman ke Tanjung Piai

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Hari ni nana nak cerita, nak kongsi pengalaman kami sekeluarga ke Tanjung Piai, johor. Kalau tengok di entry nana yang lepas, nana ada cerita yang kami bermalam di Pontian. So tanjung piai ni memang tak jauh dari pontian.

Gerak ke Tanjung piai...

Kalau nak tahu, Tanjung Piai ni terkenal dengan Penghujung asia. Haa... actually aku pun baru tahu, itu pun lepas mama yang ajak kami ke sini.
Cuaca kat sini sangat la panas ok.
Bergambar di depan pintu masuk. Jangan bimbang sebab kat dalam ni memang boleh bawa masuk stroller tapi diingatkan bahawa jangan bawa makanan masuk ke sini. Dan susu anak-anak anda sila sorok ye sebab monyet banyak berkeliaran dan bimbang habis makanan di curiknya nanti.
Sangat cantik view kat sini
Nampak tak?? dah nak sampai perhujung.
Kat dalam ni dah tak berapa panas sebab pokok-pokok banyak, so redup je. Angin sepoi-sepoi bahasa gitu...
Ni la gambar penghujung tapi kami tak sempat nak sampai sebab jalan ditutup masa kami datang. so amek gambar dari google aje la ye.

Kat sini ada jual aiskrim dan air-air, di ruang pendaftaran dia. masuk RM5 per-entry ye. kanak-kanak free. Warga emas RM3 sahaja.
Gambar kat atas ni, kalau korang datang dalam bulan 12 atau bulan 1. Diorang akan lepaskan air sebab masa ni musim hujan kan. So memang best.
 
Nak balik KL dah.. Actually kalau dulu setiap 2 tahun sekali kami akan balik Johor tapi lepas bapa saudara suami aku meninggal, kami dah jarang balik pontian. Tapi pontian memang best...... weee... raya tahun ni insha allah kami ke balik pontian lagi.. wewuuu...

No comments: