Tuesday, September 8, 2015

Pengalaman Di Legoland...

Assalamualaikum...

Hai Korang...

Lama nye tak update belog ku.... busy bebenor kursus sana sini... Ok.. 2
minggu lepas, kami sekeluarga ke Legoland, johor. Thanks suamiku belanja pergi sana...
Meh layan gambar-gambar kami ke sana. Nak story banyak-banyak pun, idea dah kering. hahaha


Didepan pintu masuk Legoland. Qaira excited nak masuk dalam.. haha
Kami... Masa ni Dhia tengah syok tidur
Naik kereta api... Siapa yang nak tengok view di Legoland, boleh naik kereta api ni....
Masa ni qaira dah penat jalan.. nak berdukung je

Qaira takut dengan segala patung yang ada ni.. menangis-nangis dia
suruh naik kereta pun tak nak.. menangis jee
Baju yang qaira pakai ni aku jahit last minute tapi terjahit besar pulak.. hahaha.. nampak tak?? menangis je kerjanya.
Bila berdukung je ok.
Semua ni daripada lego.. cantik..

berhenti rehat.. hahaha... qaira sibuk dengan jajan dia.
Dhia ni kerja dia tidur aje laa..

Suami ku.... 

Pada ibu-ibu yang ada anak, boleh rehat di Bilik rehat untuk ibu-ibu... Sangat selesa. 
view dari depan
Masa ni aku je yang ada. so sedap bebenor la qaira lari-lari kat dalam..
Dhia pulak duk golek-golek...

Aku bawak botol air besar, so aku refill air kat dalam baby care tu je...Lepas tukar pampers diorang, kami sambung jalan lagi.
Qaira dengan daddy.. Laki aku ni memang peminat Lego... Aku rasa dia lagi excited dari si Qaira.. hahaha

Comel je patung sebelah aku ni... Mujur qaira tidur masa ni, kalau tak, confirm mengamuk lagi.

dah settle pusing indoor, kami ke water park pulak. Untuk Baby kene bayar rm11 seorang (charge untuk diapers) 

Panas gila bebenor masa ni...
Qaira masa ni mengamuk tak nak mandi... tapi aku paksa jugak masuk dalam.. hahaha.. mahal-mahal daddy kau bayar, rugi la tak masuk..
Dhia muka takde perasaan. hahaha
Gomol budak bam-bam

copy paste... sebijik sama.. hahaha
Mula-mula mengamuk bukan main, bila daddy dah bawak pusing-pusing, tak nak balik pulak.
Nak balik dah... bye3 Legoland... Jumpa lagi Bila Dhia dah besar nanti.. hahaha

Kami tak tidur di Legoland Hotel sebab Hotel dah Full. Yang tinggal bilik yang Mahal bebenor.. So jawabnya, cari hotel lain je laa kan.
Sampai Hotel, dua-dua pengsan.. hahaha. penat seharian berjalan...

Kalau ditanya, macam mana Legoland?? Jawapan aku, aku tak seronok pun pergi.. haha.. sebab qaira asyik mengamuk je. Takut patung la, takut air laa.. Kami tak dapat nak main semua mainan pun kat sana. So siapa yang ada anak-anak kecil, maybe tak sesuai nak bawa kat sini.

so tips aku untuk siapa yang nak ke Legoland:

1) Bawa Payung sebab kat sini sangat PANAS
2) Kalau boleh, bawa air sendiri sebab harga air kat dalam Legoland ni sangat la tak masuk dek akal.. hahaha.. mahal.
3) Untuk baby, boleh bawak carrier, sebab nak masuk ke satu-satu permainan, stroller kene tinggal di Luar.

2 comments:

Ruhill Fahima Mohammad said...

Salam..nak tanya baju yg nana pakai kat water park tu swimming suit ke? Bekenan plak

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)