Monday, August 17, 2015

Jom jahit skirt 30 minit sahaja.


Assalamualaikum..

Hai Korang...

Nak belajar jahit skirt tapi tak ada asas menjahit?? meh kak long nak ajar cara jahit skirt mudah lagi cepat. 30 minit je dah siap.

Ni contoh skirt yang ku dah siap jahit.

Bahan yang diperlukan : 

                                           1) kain  ( ku pilih cotton ,selesa sikit untuk bayi )
                                           2) getah kain
                                           3) benang ( cari warna yang sama dengan kain)
                                           4) pin
ni antara bahan-bahan yang diperlukan
Ukur saiz pinggang pada seluar atau skirt yang dah ada. Ukuran ni di gunakan untuk potong getah pinggang nanti. Ukuran yang dah dapat ni, lebihkan 3 Inci ok.

so sekarang ada 2 helai kain. panjang 11×17.

Ok, jom kita start jahit.

Temukan 2 keping kain macam ni. Corak bertemu corak. Korang kene pastikan mana yang muka depan, mana yang terbalik.
pin kan di tepi kain (bahagian yang nak dijahit)
Jahit lurus tempat yang dah di pin kan dengan jarum peniti
Kalau ada mesin jahit tepi, boleh jahit tepi, kalau tak ada boleh jahit zig zag.untuk mengelakkan lebihan tepi kain tu berbulu
gosok di bahagian yang dah jahit
untuk proses pasang getah kain, lipat kecil (dalam 1/4 inci)dan jahit jelujur kasar.
lipat kali kedua (ukur saiz getah pinggang).
after dah siap ukur, jahit lurus lagi tapi pastikan tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan getah pinggang.
contohnya macam ni. Gunakan pin untuk memudahkan untuk masuk getah pinggang ( eh macam pening je ayat aku ni.. hahah)
Bila dah siap masuk getah, jahit sambungan getah. Macam ni...
Jahit Bahagian yang tak habis jahit tadi (bahagian yang masuk getah). 

settle bahagian pinggang. Kita ke hujung kain pula
Lipat  kain dalam 1/2 inci
Tandakan bahagian yang nak dijahit dengan jarum peniti dan teruskan jahit lurus.

dan siap....

Tadaa...

 Buat untuk qaira sekali...

Mudah kan??

Selamat mencuba.

3 comments:

Shafizah Man said...

Nanti nak la juga mencuba. Thank u for sharing this. Hihi geram tengok pipi baby ni!

shera said...

Kak nana. Kalo kite msukkan getah tu.dia akan bkedut sdri ke kt pinggang tu?

Sella Shahbudin said...

thanks for sharing... comel dua beradik tu... ;)